Monday, June 20, 2016

Tuduhan Rogol: Yoo Sang Moo Ambil Ujian Kesan Penipuan




Yoo Sang Moo mengambil ujian pengesan penipuan bagi membuktikan dirinya tidak bersalah atas tuduhan cuba merogol teman wanitanya.
PELAWAK Yoo Sang Moo yang sedang menghadapi tuduhan cubaan merogol teman wanitanya dilaporkan telah mengambil ujian pengesan penipuan bagi membuktikan dirinya tidak bersalah.

Soompi melaporkan Sang Moo membuat ujian berkenaan dia Balai Polis Gangnam, Seoul pada 15 Jun lalu dan ia turut disahkan oleh pihak penyiasat kes berkenaan.

"Benar kami telah menjalankan ujian pengesan penipuan terhadap Sang Moo dan keputusannya pun telah kami perolehi.

"Bagaimanapun ia tidak boleh didedahkan buat masa ini kerana ia masih belum dimaklumkan kepada tertuduh," katanya.
Laporan berita pula menyebut keputusan ujian berkenaan memperlihatkan Sang Moo bercakap benar dan tidak pernah cuba merogol teman wanitanya yang dikenali sebagai A.

Wanita itu dilaporkan menelefon polis pada pukul 3 pagi memberitahu Sang Moo cuba merogolnya ketika mereka berada di sebuah hotel di Gangnam, Seoul pada 18 Mei lalu.

Malah A ke sebuah hospital selepas membuat aduan itu untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Bagaimanapun wanita berkenaan sekali lagi menelefon polis pada 8.30 pagi hari sama untuk menarik balik dakwaan dibuat terhadap Sang Moo.

Pihak polis dilaporkan telah memanggil wanita itu untuk memberi keterangan pada 31 Mei lalu meskipun dia menarik balik laporan dibuat terhadap pelakon itu.

Sementara itu, A menyangkal dakwaan dia mempunyai hubungan cinta dengan pelawak itu selain memberitahu mereka hanya bertemu beberapa kali sebelum ini.

Pun begitu, Sang Moo telah menyerahkan bukti termasuk perbualan mesej di telefon bersama A sebagai bukti wanita berkenaan adalah teman wanitanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: