REZEKI masyarakat Orang Asli sekitar Jalan Pahang, Tapah, Perak menuju Cameron Highland melimpah ruah meskipun musim durian tahun ini jatuh pada Ramadan.
Harga durian yang dijual pada kadar munasabah sentiasa mendapat sambutan penggemar raja buah itu walaupun pada bulan puasa.
Peraih durian di Kampung Batu 5, Jalan Pahang, Tapah, Abdul Ghani Ali, 49, berkata, dia menjadi peraih durian sejak dua tahun lalu setelah bapanya meninggal dunia.
“Bapa saya peraih terkenal dalam kalangan penduduk 20 perkampungan masyarakat Orang Asli yang tinggal di sepanjang Jalan Pahang menuju ke Cameron Highland.
“Saya mewarisi tugasnya setelah dia meninggal dunia dua tahun lalu,” katanya ketika ditemui barubaru ini.
Abdul Ghani berkata, setiap pagi sehingga lewat petang, pemilik dusun Orang Asli berhampiran akan menghantar dan menjual durian kepadanya sebelum dijual pula kepada peraih lain yang datang dari Kuala Lumpur, Klang, Rawang, Ipoh, Teluk Intan dan Singapura.
Menurutnya, kira-kira tujuh hingga 12 tan durian dipasarkan di situ setiap hari pada harga sederhana.
“Biasanya harga durian ditentukan mengikut pasaran.
“Harga durian akan jatuh sehingga dua dan tiga ringgit sekilogram sekiranya berlaku lambakan buah di seluruh negara,” katanya.
Abdul Ghani berkata, kebanyakan pokok durian kampung terbabit berbuah tiga kali setahun iaitu pada Jun, Ogos dan Oktober.
Katanya, kualiti isinya amat baik berikutan keadaan tempatnya yang berbukit dan suhunya sederhana sejuk.
Menurutnya, kebanyakan pokok durian di situ diwarisi masyarakat Orang Asli secara turun-temurun.
“Namun begitu keadaan sudah berubah apabila ada kalangan mereka menanam pokok baharu secara komersial seperti D24 dan Musang King.
“Selain durian, mereka turut menanam pokok petai, manggis, langsat, dokong, pulasan, nangka dan cempedak,” katanya.
Kira-kira 30,000 penduduk Orang Asli yang tinggal di sepanjang Jalan Pahang menuju Cameron Highland bergantung hidup dengan hasil tanaman buah-buahan terutamanya durian dan petai.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: