KUALA LUMPUR: Seramai 20 artis veteran yang terdiri daripada pelakon, penyanyi dan pemuzik menerima sumbangan daripada Yayasan Artis 1 Malaysia (YA1M) sempena menyambut Aidilfitri.
Presidennya, Datuk DJ Dave, berkata, sumbangan tersebut bertujuan meringankan beban mereka menyambut perayaan yang bakal menjelma.
"Setiap perayaan YA1M akan memberi sumbangan sebanyak RM2,000 dan kad khairat selama setahun kepada artis-artis yang banyak menyumbangkan jasa mereka kepada industri hiburan tanah air.
"Bagi Aidilfitri kali ini, sebanyak RM40,000 telah disumbangkan kepada 20 orang artis yang terdiri daripada artis Melayu, Cina dan India bagi meringankan beban mereka untuk menyambut perayaan bakal menjelma," ujarnya.
DJ Dave ditemui pada sumbangan berkenaan di sini, malam Ahad.
Antara artis yang menerima sumbangan tersebut ialah Rohana Jalil, Delimawati, Zaibo, Mubarak Majid, Johari Teh, Mek Habsah, Megat Shamsudin dan Abon.
Sementara itu, tambah DJ Dave, misi dan objektif YA1M adalah memberi sumbangan kepada artis yang telah mencapai usia 60 tahun sekali seumur hidup.
"Pemberian ini merupakan satu matlamat dan misi YA1M sejak penubuhannya.
"Ia adalah bertujuan menjaga kebajikan dan memberi pembelaan kepada seluruh artis tempatan merangkumi penyanyi, pemuzik dan pelakon," ujarnya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: