Monday, June 20, 2016

Ashton Kutcher, Mila Kunis Bakal Timang Anak Kedua




Ashton Kutcher dan Mila Kunis bakal menimang cahaya mata kedua.
PELAKON Mila Kunis bakal menimang cahaya mata kedua dan berita itu disahkan sendiri oleh suaminya, aktor Ashton Kutcher.

People melaporkan Ashton paling gembira dengan berita berkenaan kerana dia memang menantikan kehadiran orang baharu dalam keluarga mereka.

Ashton dan Mila berkahwin pada Julai tahun lalu turut mempunyai seorang anak perempuan iaitu Wyatt Isabelle yang kini berusia 20 bulan.

"Ashton teruja apabila bercakap tentang anaknya dan lelaki paling gembira apabila Mila didapati hamil kali kedua.

"Mereka memang merancang untuk memiliki sebuah keluarga besar," kata sumber terdekat pasangan itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: