PETALING JAYA: Aktres Nabila Huda memberitahu dia bukan seorang yang gemar merancang dalam membuat persiapan hari raya kerana tidak dapat membuang tabiat melakukan kerjaya pada saat-saat akhir.
Nabila atau nama sebenarnya Nabila Huda Suhaimi, 32, berkata, kerana sikapnya itu dia pernah keluar membeli barangan persiapan pada pukul 4 pagi pada malam raya kerana terlalu mengambil mudah soal itu.
"Tidak seperti sesetengah wanita lain yang begitu teruja membuat persiapan lebih awal menyambut ketibaan lebaran, saya sebaliknya lebih selesa menyediakannya pada saat-saat akhir terutama membeli pakaian raya kerana mood raya lebih terasa.
"Pernah terjadi saya terpaksa keluar mencari pakaian raya pada pukul 4 pagi di malam raya tapi akhirnya saya pulang dengan tangan kosong kerana tiada lagi kedai yang buka," katanya."Tidak seperti sesetengah wanita lain yang begitu teruja membuat persiapan lebih awal menyambut ketibaan lebaran, saya sebaliknya lebih selesa menyediakannya pada saat-saat akhir terutama membeli pakaian raya kerana mood raya lebih terasa.
Nabila ditemui pada majlis pra tonton filem televisyen (FTV) siaran Astro First Eksklusif iaituTercipta Untukku yang berlangsung di GSC Signatures, The Garden Midvalley, di sini, Khamis lalu.
Bagaimanapun kata Nabila biarpun perkara itu sudah berlaku beberapa tahun lalu, dia tidak pernah serik untuk membuat persiapan pada saat-saat akhir kerana sudah terbiasa dengan tabiat berkenaan sejak bujang.
Sementara itu dia masih belum memikirkan apa-apa persiapan raya pada kali ini termasuklah memikirkan dimanakah lokasi beraya bersama suami tercinta, Mohd Izwan, 33.
“Ini adalah tahun pertama kami beraya bersama dan sehingga kini masih belum tetapkan di mana kami akan pulang beraya kerana saya menyerahkannya perkara ini pada suami.
"Sekiranya terpaksa beraya di kampung suami (Singapura), saya kenalah ikut,” katanya yang akan bercuti raya selama lima hari.
Menjawab soal juadah hari raya kegemarannya, kata Nabila dia paling rindukan masakan lodeh dan rendang paru ala minang air tangan nenek sebelah ibunya.
Malah kata Nabila, dia sudah pun mengambil resepi tersebut sebagai persediaan untuk memasaknya sendiri di pagi raya seandainya terpaksa beraya di rumah mertua.
Bercakap mengenai karier seninya, Nabila sedang mempersiapkan dirinya untuk sesi latihan Teater Lela Manja memegang watak Dang Suri yang akan dipentaskan di Istana Budaya pada 22 Julai hingga 31 Julai depan.
Selain itu, filem televisyen berjudul Tercipta Untukku lakonannya bersama Remy Ishak akan bersiaran pada 6 Julai depan menerusi Astro First Eksklusif, saluran 480.
Tercipta Untukku mendapat sentuhan sutradara Jamal Khan yang mengangkat tema kisah cinta romantik penuh menyayat hati.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: