SUNGAI SIPUT - Seekor gajah jantan berusia 13 tahun yang ditangkap Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah, Pahang di Kampung Jalong, di sini, semalam akan dipindahkan ke Taman Negeri Royal Belum.
Ketua Unit Gajah PKGK Kuala Gandah, Nasharuddin Othman berkata, haiwan tersebut yang dipercayai dari sekumpulan gajah itu diperangkap sejak hampir dua minggu lalu kerana dipercayai merosakkan tanaman dan berkeliaran di kawasan sekeliling sehingga mengganggu ketenteraman penduduk.
“Kami mengambil masa hampir empat jam untuk memindahkan dari tempat ia ditangkap ke kawasan pengkalan sebelum dibawa dengan sebuah lori ke Hutan Belum.
“Sebelum ini kita dah cuba halau gajah ini kembali ke habitatnya, namun gagal. Jadi kita ambil keputusan ia perlu dipindahkan ke kawasan lain dan diharapkan dengan tertangkapnya gajah ini, ia dapat meredakan ketakutan penduduk kampung yang sebelum ini diganggu gajah berkenaan,” katanya.
Menurutnya, gajah liar berkenaan dibawa ke lokasi pemindahan menggunakan dua gajah denak yang dibawa khas dari Kuala Gandah, Pahang dikendalikan sendiri oleh penjaga-penjaga PKGK.
“Kami menggunakan kekuatan sebanyak 18 anggota untuk mengendalikan proses pemindahan gajah ini sehinggalah berjaya dikeluarkan dari kampung ini tengah hari tadi,” katanya.
Sementara itu, Ketua Kampung Jalong, Abu Kassim Talib berkata, pihaknya berterima kasih kepada PKGK kerana dengan tertangkapnya gajah berkenaan ia dapat mengurangkan kebimbangan penduduk setempat kerana banyak hasil tanaman mereka dimusnahkan oleh gajah-gajah liar tersebut.
"Saya berharap dengan tertangkapnya gajah tersebut penduduk kampung tidak lagi bimbang untuk menjalankan kerja-kerja ladang di kawasan berhampiran,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: