PETALING JAYA: Penyanyi Noraniza Idris mengambil keputusan untuk tampil dengan konsep sketsa pendek menerusi album terbaharunya berjudul Ria Aidilfitri.
Noraniza berkata, dia ingin mengangkat tema berkenaan kerana karya berbentuk demikian sudah lama tidak diterbitkan selain memberi peluang kepada generasi baharu mengenali maksud album yang mempunyai konsep seperti itu.
"Kali terakhir saya dengar album seperti ini sewaktu berusia 7 tahun menerusi sebuah karya melibatkan artis-artis popular ketika itu seperti Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini, Allahyarham Latif Ibrahim, Hail Amir, Uji Rashid dan Datuk Khatijah Ibrahim.
"Sehingga sekarang saya sangat merindui album itu kerana mesej disampaikan mendorong saya untuk menghasilkan sketsa bermesej yang diselang seli dengan lagu-lagu nyanyian kami.
"Menerusi Ria Aidilfitri ia turut dimeriahkan dengan ucapan khas penyanyi jemputan terlibat mengikut lagu yang turut dilakonkan secara santai," katanya.
Dalam pada itu, Noraniza berkata, album berkenaan istimewa kerana ia adalah kali pertama dia menerbitkan sebuah album berkonsepkan hari raya selain ia turut melibatkan ramai artis jemputan yang berduet dengannya.

Album Ria Aidilfitri sudah pun berada di pasaran.
Malah kata Noraniza, dua anak tirinya, Fee Haiqal dan Fadzlee Sufri turut diketengahkan bakat nyanyian mereka menerusi lagu yang dicipta sendiri berjudul Linangan Syawal danNiatku.
"Album ini terdapat lapan buah lagu baharu manakala empat lagi diberi nafas baharu.
"Paling menyeronokkan saya turut berduet dengan artis-artis dibawah Noraniza Idris Production Ventures termasuk dua anak suami saya, Fee Haiqal dan Fadzlee Sufri," katanya.
Antara lagu yang dimuatkan adalah Rewang Raya, Angin Cinta di Aidilfitri, Nostalgia Aidilfitri, Kasih Ibu, Ahlan Wasahlan Ya Syawal, Ria Aidilfitri dan Akaar Kita Zapin Aidilfitri.
Penyanyi jemputan yang turut terlibat seperti Mimi Fly, L'zzay Affandy, Royce Sa'ayan, Razis Ismail dan Azmir Arif.
Sementara itu, Noraniza berkata, setiap pembelian album berkenaan juga sebahagian royalti akan disumbangkan kepada keluarga bekas peserta Ceria Popstar, Dalili Amerda bagi membiayai perubatan bapanya yang menghidap kanser darah tahap akhir.
"Selain itu kami juga berhasrat untuk membantu salah seorang staf saya yang kini menghidap kerosakan saraf mata yang menyebabkan dia buta seumur hidup.
"Diharap usaha kami untuk membantu golongan tidak bernasib baik ini dapat terlaksana," katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: