GUA MUSANG - Pertama kali sejak 15 tahun memelihara haiwan ternakan, Zabidah Mat, 50, terkejut apabila salah seekor kambingnya melahirkan anak kembar mata satu.
Katanya, salah seekor anak kambing yang baharu dilahirkan kelmarin itu tidak hidup lama dan mati selepas beberapa jam dilahirkan.
"Ibu kambing itu beranak kembar sepasang. Yang jantan mati dan betina masih hidup.
"Saya juga terkejut melihat fizikal kedua-dua anak kambing ini yang hanya memiliki satu mata di tengah-tengah dan tiada hidung.
"Ia hanya bernafas menggunakan mulut sahaja. Sehingga kini, anak kambing betina ini masih aktif," katanya yang berasal dari Kampung Limau Kasturi, di sini.
Tambah Zabidah, ini adalah kali pertama berdepan dengan kelahiran pelik melibatkan kambing peliharaannya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: