MACHANG - Jika aktiviti dilaksanakan sebelum ini lebih formal dan diadakan di dalam masjid sahaja, namun Kem Tahfiz Remaja Unggul kali ini menampilkan kelainan dalam usaha menarik minat lebih ramai generasi muda untuk turut serta.
Pengerusi Jiran Muda Mukim Kerawang, Ahmad Iqbal Nazuha Mahmad Kamel berkata, kem sesi kedua yang berlangsung selama empat hari itu mendapat sambutan memberangsangkan bukan sahaja daripada penduduk setempat, tetapi juga orang luar.
Menurutnya, sambutan yang baik itu mendorong mereka mempelbagaikan lagi aktiviti agar lebih menarik dan meriah.
“Peserta bukan sahaja menghafal al-Quran, tetapi juga terlibat dengan aktiviti luar seperti cara mencari arah kiblat ketika di hutan, bertayamum dan banyak lain.
“Selain peserta, keluarga dan penduduk kampung turut memainkan peranan untuk sama-sama menjayakan program,” katanya, baru-baru ini.
Menurut Ahmad Iqbal Nazuha, pelbagai pendekatan dilaksanakan bagi mengimarahkan masjid, sekali gus mengajak orang ramai ke masjid tanpa mengira masa, tidak terhad pada waktu solat semata-semata.
Katanya, pihaknya turut melibatkan anak muda termasuk pelajar dari sekolah terdekat untuk mendekatkan mereka dengan masjid.
“Usaha ini dilaksanakan untuk mengimarahkan masjid sebagai pusat aktiviti penduduk. Kita turut mengalukan derma orang ramai untuk menaik taraf masjid ini.
“Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program di masjid ini yang melibatkan pelbagai peringkat umur,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: