LAZIMNYA, golongan selebriti sangat memanfaatkan Ramadan dengan melakukan pelbagai kerja amal.
Mana tidaknya, inilah masa terbaik untuk mempertingkatkan amalan bagi menambah pahala.
Tidak mahu ketinggalan, selebriti jelita kelahiran Singapura, Elfaeza Ul Haq turut mengambil pendekatan sama.
Pelakon berusia 31 tahun itu aktif mencuci permaidani surau di ibu kota menerusi kempen Toharoh Rumah ALLAH, sempena Ramadan ini.
Katanya, kempen itu dilaksanakan bersama sekumpulan pencuci yang dikenali sebagai The Maher Cleanz.
“Kempen ini sebenarnya telah bermula sejak awal Rejab lalu.
“Tetapi, kerana ia lambat diuar-uarkan menyebabkan perlaksanaannya bermula agak lambat,” katanya kepada Zass ketika ditemui pada Majlis Syukur Selalu anjuran TV3, baru-baru ini.
Atas dasar itu, pelakon drama bersiri Adam & Hawa ini tetap meneruskan kempen tersebut, sepanjang Ramadan ini.
“Apabila tibanya Ramadan, surau menjadi tumpuan orang ramai untuk melakukan solat Terawih,” katanya.
Menceritakan permulaannya terhadap aktiviti sukarelawan itu, Elfaeza mengakui rasa terpanggil selepas melihat keadaan permaidani surau yang kurang selesa.
“Saya dapati permaidaninya berhabuk dan kotor, jadi saya terfikir ada baiknya saya membersihkannya.
“Lagipun, waktu saya agak lapang pada Ramadan ini, jadi, tidak salah untuk saya memanfaatkannya dengan melakukan perkara yang berfaedah,” katanya.
Ketika ditanya kenapa lebih berfokus kepada mencuci permaidani surau, pelakon drama bersiri Keluarga Karaoke ini bagaimanapun yakin setiap masjid ada menerima bantuan dana daripada kerajaan.
“Biasanya, surau ini kurang mendapat dana. Jadi, dalam mencari dana, kita memerlukan sokongan jitu daripada masyarakat.
“Oleh itu, kita sangat mengalu-alukan mana-mana pihak yang sudi menghulurkan bantuan dana.
“Alhamdulillah, buat masa ini, kita ada juga mendapat sokongan daripada barisan artis seperti Zoey Rahman dan Fara Fauzana,” katanya.
Pun begitu, pada masa sama, Elfaeza berhasrat untuk meneruskan aktivitinya itu meskipun Ramadan bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi.
“Jujurnya, saya tidak mengharapkan apa-apa balasan sekalipun. Saya hanya melakukannya demi mengejar kebaikan.
“Saya tidak mahu kempen ini terhenti setakat ini.
“Oleh itu, saya berharap kempen ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang terutamanya ketika Ramadan,” katanya.
Kurang tawaran berlakon
Beralih kepada soal kariernya, Elfaeza yang kini membawa imej Muslimah mengakui semakin kurang menerima tawaran lakonan, sejak akhir-akhir ini.
“Jujurnya, saya semakin kurang menerima tawaran lakonan. Masalah ini dihadapi sejak sebelum saya pulang ke Singapura lagi.
“Tipulah, kalau saya tidak rasa apa-apa. Agak gementar juga kerana jika tiada tawaran itu bermakna saya tiada kerja,” katanya.
Bagaimanapun, Elfaeza mengakui sering ditawarkan dengan pelbagai watak yang memerlukannya membuka tudung biarpun berazam untuk tidak mengulangi perkara sama.
Sebelum ini, Elfaeza sanggup menanggalkan tudungnya demi memenuhi kontrak bagi membintangi drama 199 episod, Tanglin yang ditayangkan di saluran 5 Mediacorp Singapura.
“Kebanyakan tawaran yang datang adalah untuk drama berbahasa Inggeris dan mereka tidak faham dengan keadaan saya yang bertudung.
“Tetapi, demi agama, saya terpaksa menolaknya dengan baik.
“Ya, semua ini adalah dugaan dan cabaran besar yang harus diterima. Jadi, saya harus cekal hati dan terus tabah menghadapinya,” katanya.
Pun begitu, pemilik nama sebenar Siti Elfaeza Mohmed Ehsan Ul Haq ini tidak memandang permasalahan itu sebagai satu perkara negatif sebaliknya percaya dan yakin dengan rezeki ALLAH SWT.
“Saya reda dan serahkan segalanya kepada Tuhan.
“Kalau cari macam mana pun, tetapi jika sudah tertulis ia bukan rezeki kita, usaha bagaimana sekalipun tetap tidak akan dapat.
“Jadi, saya berpegang dengan kata-kata itu,” katanya yang selesa menetap di Malaysia.
Dalam perkembangan lain, Elfaeza bakal muncul dalam telefilem Raya Kami yang bakal bersiaran di TV3 pada Aidilfitri nanti.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: