MAKANAN ringan kerepek kini menjadi trend masyarakat yang wajib disediakan bersama kuih-muih lain untuk tetamu yang berkunjung ke rumah sepanjang Aidilfitri.
Bukan itu sahaja, kini ramai individu mengambil peluang mencari pendapatan tambahan pada Ramadan dengan membungkus semula kerepek untuk dijual bagi menampung perbelanjaan persediaan menyambut hari raya.
Bagaimanapun, berlainan dengan usaha seorang anak tempatan dari Kampung Sungai Lang Tengah, Zaihan Kaswar, 39, yang mewujudkan kilang pengeluar kerepek, sejak tiga tahun lalu dan mula menjadi buah mulut masyarakat apabila produknya kini sudah berada di pasaran.
Menurutnya, dia mengakui penjualan kerepek mendapat tempat dalam kalangan pembeli apabila menjelang Ramadan.
Zaihan (kiri) melihat pekerjanya menggoreng kerepek ubi masin.
“Saya akui jual kerepek pada Ramadan ni nampak meriah bila pelanggan seolah-olah tak boleh raya kalau tak beli walaupun sejenis kerepek.
“Saya nampak jual kerepek ini ada masa depan cerah, tapi bekalan bahan mentah mestilah cukup,” katanya yang sebelum ini memulakan perniagaan mengeluarkan produk kerepek dengan hanya tiga kuali.
Perkhidmatan mesti terbaik
Berkat sokongan isterinya, Juliana Mohd Sadali, 35, dengan hanya bermodalkan RM7,000 pada 2013, Zaihan berjaya membuat jualan sebanyak RM800,000 pada tahun itu diikuti pada tahun kedua (2014) dan ketiga (2015) masing-masing RM1.2 juta dan RM1.8 juta.
Katanya, dia sendiri tidak pernah terfikir untuk menjadi pengeluar kerepek dan memasarkan kerepek di merata pelosok tempat termasuk kilang, kedai, syarikat dan individu, sekali gus perlu mengekalkan jumlah pengeluaran pada setiap masa.
Kerepek ubi yang siap digoreng, diletakkan ke bahagian lain untuk proses pembungkusan.
Bapa lima anak itu juga mementingkan perkhidmatan yang ‘tip top’ supaya pembekal hingga ke pelanggannya berpuas hati walaupun mendapatkan bekalan kerepeknya di tempat pesaing.
“Apa yang penting, saya nak tengok semua orang gembira di hari raya, tak kira peniaga, pelanggan, tetamu mahu pun tuan rumah sebab dapat beli kerepek saya.
“Saya pun tak pernah kisah bila dah ramai sekarang ni beli paket besar dan paket semula kecil-kecil semata-mata ingin menjenamakan produk saya.
“Saya tak kisah sebab saya yang keluarkan kerepek tu dan tiba masa saya pula bantu mereka nak jana pendapatan,” katanya yang memaklumkan kilangnya tidak menerima pelanggan untuk pembeli 'walk-in' dalam kuantiti yang sedikit.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: