SELEPAS Adibah Noor dan Baki Zainal meninggalkan stesen radio Suria.fm, hari ini giliran Linda Onn pula yang mengikut jejak dua penyampai tersebut.
Mengendalikan segmen Ceria Petang Suria, Linda mengumumkan hari ini merupakan hari terkahirnya bersiaran di stesen radio berkenaan.
Linda turut memuat naik gambar di laman sosial instagram miliknya dengan kapsyen 'selfie terakhir di studio. Terima kasih kepada semua yang menyokong dan setia mendengar Linda selama ini. InsyaALLAH kita jumpa lagi. Bye bye Suria.fm.'
Linda menjadi sebahagian keluarga Suria.fm sejak enam tahun lalu ini mempunyai pengalaman luas sebagai penyampai radio.
Membina nama dengan Era.fm selama 10 tahun kemudian bersama Sinar.fm sebelum beralih ke Suria.fm selepas dua tahun bersama stesen berkenaan.
Linda antara penyampai radio yang paling bertahan sejak 1998 lagi.
Adakah Linda benar-benar meninggalkan stesen yang semakin mendapat tempat di hati pendengar atau ia sekadar gimik?