Monday, June 20, 2016

Calvin Harris Padam Tweet & Foto Taylor Swift Di Laman Sosial




Calvin bertindak memadam semua gambar bekas teman wanitanya itu di laman sosial.
HUBUNGAN cinta antara Taylor Swift dan Calvin Harris memang sudah berakhir, namun terdapat khabar angin yang menuduh ia disebabkan orang ketiga iaitu Tom Hiddleston.
Menurut sumber, Calvin merasa dirinya dikianati dan marah dengan sikap Taylor yang curang dibelakangnya.

"Calvin curiga dan mendapat tahu Taylor mempunyai hubungan dengan lelaki lain, tapi dia tidak tahu siapa lelaki berkenaan," ujar sumber.

Rasa marah itu dikatakan penyebab Calvin memadamkan seluruh kenangan indah dengan wanita itu.

Calvin juga telah memadam semua tweet dan foto bersama Taylor di media sosialnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: