DAYANG Nurfaizah, satu nama yang sudah tidak asing dalam industri hiburan tempatan. Anak kelahiran Kuching, Sarawak ini mula mencipta nama sejak tahun 1999 lagi.
Tidak dinafikan Dayang Nurfaizah antara penyanyi yang kini berada di kelasnya yang tersendiri.
Pernah menyepi beberapa ketika, namun kebangkitannya semula pada 2014 dan sehingga kini, Dayang masih mampu mempertahankan kerjayanya untuk sentiasa berada di puncak.
Lebih teliti menyusun langkah dan ia terbukti apabila setiap nyanyian yang dipertaruhkan tidak pernah mengecewakan peminatnya.
Berilah apa sahaja lagu pada Dayang, ia akan menjadi hit. Begitulah penangan penyanyi yang meniti populariti dengan lagu Seandainya Masih Ada Cinta.
Kematangan itu tidak mungkin diperoleh tanpa pengalaman jatuh bangunnya sepanjang bergelar anak seni.
Apa yang lebih membanggakan, kejayaan dan pencapaiannya pada hari ini tidak sedikit pun mempengaruhi siapa dirinya, malah penyanyi yang terkenal dengan sifat lemah lembut itu tetap dengan sikapnya yang merendah diri.
Tidak pernah membataskan kariernya, Dayang sering terbuka untuk menjalinkan kerjasama dengan komposer sama ada baharu atau lama.
Selepas lagu Di Pintu Syurga, Tak Pernah Menyerah dan Angin Syurga, kini Dayang tampil dengan single terbaharunya, Lelaki Teragung yang dihasilkan oleh komposer baharu, Natasyah dan penulis liriknya, Iman Imran.
“Alhamdulillah, single ini baru sahaja dilancarkan sebelum kehadiran Ramadan.
“Untuk lagu ini saya sekali lagi bekerjasama dengan komposer baharu dan lagu ini juga hasil terbitan pertama pemuzik hebat, Genervi Kam.
“Selalunya jika diberikan lagu, saya tidak akan bertanya siapakah komposernya kerana bagi saya lagu itu lebih penting.
“Saya tidak kisah sama ada komposer itu sudah memiliki nama atau tidak, yang penting melodinya kerana itulah yang akan menentukan haluan lagu itu,” katanya.
Ujar Dayang, lagu Lelaki Teragung begitu berat untuk dibawakan, bukan pada lagu tetapi liriknya.
“Secara jujurnya, pertama kali diberikan lirik dan tajuk lagu ini, saya sendiri mempersoalkannya kerana bagi saya Lelaki Teragung itu sangat besar maksudnya.
“Tetapi apabila dijelaskan sendiri oleh penulis liriknya, barulah saya rela untuk menyanyikannya sepenuh jiwa. Secara ringkasnya lagu ini mengisahkan tentang pasangan yang mana lelaki itu memilih untuk setia biarpun wanita yang dipilih pernah melukainya.
“Walaupun ia menceritakan mengenai pasangan kekasih, tetapi bagi saya setiap orang boleh menterjemahkan lagu itu mengikut pandangan masing-masing.
“Saya memilih untuk membayangkan ayah saya sendiri untuk mendalami dan menyampaikan lagu ini dengan baik. Jadi lelaki teragung itu adalah ayah saya sendiri,” ujarnya yang mengharapkan peminat menerima lagu itu dengan baik.
Bukan tangkap muat
Selain sibuk melibatkan diri dengan kempen Syukur Selalu sebagai duta, Dayang kini sedang sibuk mengumpul material untuk album terbaharunya.
Untuk album ke-11 ini, Dayang tidak mahu terburu-buru menghasilkan buah tangan khas buat peminat yang sudah lama menantikannya.
“Proses untuk hasilkan album ini sudah lebih setahun. Memang panjang masanya, tapi saya tidak mahu terburu-buru.
“Kalau boleh setiap lagu yang dimuatkan dalam album ini berpotensi menjadi single dan bukannya sekadar tangkap muat,” katanya.
Seperti album terhadulu, album terbaharunya nanti akan turut memuatkan 10 buah lagu sebagai tanda sayangnya kepada peminat.
"Walaupun dengan lima lagu pun dah boleh buat album mini, tetapi saya suka pada cara lama. Biarlah lama sedikit ambil masa, asalkan semua berpuas hati," katanya.
Menurutnya, album terbaharunya itu nanti akan memuatkan sembilan lagu balada.
“Sekarang bukan lagi masa untuk saya membuat eksperimen. Peminat lebih gemar mendengar nyanyian lagu balada, jadi tidak salah untuk saya tunaikan,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: