Sunday, June 26, 2016

Sharifah Shahora 'Pasang Badan' Untuk Pikat Suami



Shahora bersama suaminya, Raja Mukhriz kini semakin bahagia.
PETALING JAYA: Pelakon Sharifah Shahora memberitahu dia kini semakin mementingkan soal kecantikan diri dan pemakaian selepas peristiwa rumah tangganya bersama pengarah filem, Raja Mukhriz berantakan tahun lalu.

Shahora atau nama sebenarnya Sharifah Shahora Syed Akil, 41, berkata, apa yang dilakukan itu adalah semata-mata untuk menggembirakan hati suaminya kerana tidak mahu kejadian serupa berulang lagi pada masa hadapan.

"Alhamdulillah keadaan sekarang sudah kembali tenang dan rumah tangga kami bahagia.

"Saya juga kini rajin 'pasang badan' untuk suami kerana sebagai isteri saya juga perlu main peranan dalam memikat suami," katanya.
Shahora kini sedang sibuk dengan penggambaran program Akak-Akak Sangat.
Shahora pada tahun lalu bertindak mendedahkan di laman sosial Instagram dan Twitter miliknya mengenai kecurangan suami yang mempunyai hubungan dengan seorang wanita.

Kejadian tersebut membuatkan rumah tangga mereka dingin ibarat retak menanti belah.

Dalam pada itu, Shahora berkata, Ramadan tahun ini menyaksikan dia tidak dapat berpuasa bersama suaminya itu kerana Raja Mukhriz kini berada di Sabah untuk menjalani penggambaran.

Bagaimanapun katanya, pemergian suami ke sana banyak mengeratkan lagi hubungan mereka suami-isteri walaupun berjauhan.

"Dulu kalau nak hantar mesej pun susah tetapi sekarang sejam sekali tanya khabar, hantar gambar dan walaupun berjauhan terasa dekat pula dengan suami.

"Hampir dua bulan dia berada di sana kerana menjalani penggambaran sebuah dokumentari tetapi Insya-Allah hari raya nanti dia akan pulang," katanya.

Bercakap mengenai sambutan Aidilfitri mereka sekeluarga, Shahora berkata, persiapan dilakukan secara sederhana namun mengakui sibuk terpaksa menguruskan pelbagai urusan tanpa bantuan suaminya.

Malah katanya, baju Melayu dan jubah untuk Raja Mukhriz juga dipilihnya sendiri selain melakukan beberapa persiapan lain.

"Persiapan biasa sahaja sederhana kerana paling penting kami dapat bersama-sama meraikan lebaran nanti.

"Saya teruja juga kerana ketiadaan suami saya dapat pilih baju untuknya pakai pada hari raya nanti," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Shahora berkata, dia kini sedang sibuk dengan penggambaran program berjudul Akak-Akak Sangat bersama Sherry Alhadad.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: