BERGELAR selebriti, isteri dan ibu dalam satu masa sama, bukanlah satu tugas yang mudah.
Sama seperti isteri dan ibu berkerjaya yang lain, selebriti juga mengharungi pelbagai cabaran dalam menguruskan rumah tangga dan anak-anak.
Barangkali, di kaca televisyen mahupun di dalam akhbar serta majalah, mereka kelihatan anggun dan cukup bergaya. Hakikatnya, golongan ini juga sama seperti wanita lain yang terpaksa ‘berperang’ dengan waktu dan tenaga untuk bekerja sekali gus memikul tugas menguruskan rumah tangga serta mendidik anak.
Atas dasar itu juga, aktres Zarina Zainuddin mengambil kesempatan untuk memperlahankan kerjaya seninya setiap kali tibanya Ramadan, sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
"Sejak beberapa tahun lalu, saya akan mengambil cuti sepanjang Ramadan. Seboleh-bolehnya, saya akan cuba untuk mengelak daripada terlibat dalam mana-mana sesi penggambaran drama atau telefilem.
"Bagi saya, inilah masanya untuk saya meluangkan masa dengan anak-anak dan keluarga tercinta," katanya pada Zass ketika ditemui pada sidang media program Ramadan Radio Televisyen Malaysia (RTM), baru-baru ini.
Menganggap Ramadan sebagai bulan keajaiban, pelakon drama Satu Cinta ini turut menyifatkan bulan ini sebagai waktu terbaik dalam menyemarakkan kasih keluarga selain berpeluang menambah pahala.
"Jujurnya, saya sendiri melihat bagaimana semangat kekeluargaan dibentuk terutamanya ketika melakukan aktiviti bersahur, berbuka puasa dan menunaikan solat fardu serta solat sunat tarawih secara berjemaah.
"Apa yang saya lihat, walau sesibuk macam mana pun, setiap orang akan mencuba meluangkan masa untuk berkumpul dengan keluarga tersayang," katanya.
Malah, pelakon drama Teduhan Kasih ini mengakui hatinya berasa sayu dan sedih hendak meninggalkan Ramadan yang kini berbaki lebih kurang dua minggu lagi.
"Jujurnya, hanya pada bulan ini saya berasa lebih tenang. Perasaan pun agak sayu dan sedih.
"Perasaan itu saya hanya dapat rasakan pada setiap kali Ramadan bahkan kehadiran Syawal juga tidak sehebat seperti bulan ini.
"Bagi saya inilah masa terbaik untuk saling berbaik dan memaafkan antara satu sama lain," katanya.
Aktif berniaga
Walaupun memperlahankan aktiviti seninya, Zarina bagaimanapun bijak mencari ruang dan peluang pada Ramadan ini.
Ditambah pula dengan hobinya yang suka memasak, pengasas dan pemilik, Addura Marketing Sdn Bhd ini mengambil kesempatan untuk menjalankan aktiviti perniagaan.
"Saya ada mengambil tempahan membuat pulut kuning bersama rendang ayam dan daging.
"Bukan itu sahaja, saya juga menghasilkan sendiri pelbagai jenis biskut raya seperti Tart Nenas, Almond Crispy, Peanut Butter dan Almond London.
"Semuanya saya lakukan hanya dalam talian berbanding menjualnya di bazar. Alhamdulillah, sambutan yang diterima juga sangat memberangsangkan,” katanya.
Selesa dengan situasi tersebut, buat masa sekarang, ibu kepada empat anak ini tidak berniat untuk membuka gerai atau kedai bagi menjalankan perniagaannya itu.
"Saya lebih selesa bekerja di rumah sahaja. Lagipun, apabila ada gerai atau kedai, ia memerlukan komitmen yang tinggi.
"Saya akan jadi lebih rimas apabila hanya duduk setempat seperti itu. Memang ia agak letih tetapi saya seronok melakukannya," katanya yang perlu bangun jam empat pagi setiap hari demi menguruskan perniagaannya itu.
Pada masa sama, pelakon drama bersiri Imam Mudaku Romantik ini turut mengatur strategi agar aktiviti perniagaan dan karier lakonannya bergerak seiring.
"Saya perlu bersabar, berusaha, dan tidak boleh mudah berputus asa.
"Saya juga perlu berfikiran positif dalam apa yang saya lakukan kerana segala-galanya sudah diaturkan oleh ALLAH SWT," katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: