NAMA selebriti berbakat besar ini bukan sekadar picisan di dalam industri seni.
Biarpun tidak mempunyai pakej dari segi rupa paras, namun pemilik nama sebenar Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad atau lebih dikenali sebagai Sherry Alhadad ini telah berjaya meletakkan dirinya sebaris selebriti terkenal lain.
Bagaimanapun kejayaannya pada hari ini tidak datang bergolek, kerana Sherry telah menyertai industri seni sejak lebih sedekad lalu.
Namun hanya sejak beberapa tahun ke belakangan ini baharulah peminat dan penerbit menyedari kehadiran anak kelahiran Kuching, Sarawak ini.
Meskipun dia perlu bersaing dengan selebriti lain yang mempunyai pakej lengkap, namun bagi wanita berusia 32 tahun ini, dia sentiasa menjadi dirinya sendiri.
“Tidak dinafikan, masyarakat sudah diajar sejak sekian lama, kalau yang menjadi teraju utama mesti mempunyai pakej yang menarik, tetapi yang tidak menarik ini diletakkan sebagai sampingan.
“Biasanya alasan yang diberi oleh pihak produksi kerana kemahuan penonton. Tapi bagi saya semua itu terpulang pada pihak penerbit, ia boleh diubah.
“Kalau kita sebagai penggiat seni memberi variati kepada penonton, saya percaya ia boleh diterima.
“Tapi saya tidaklah kerana mahu mengikut kehendak orang lain, saya pilih untuk kuruskan badan.
“Saya tetap menjadi diri saya sendiri dan saya harap orang lain boleh menerima saya seadanya,” katanya kepada Zass.
Sherry berkata, dia juga sudah dapat melihat masyarakat semakin menerimanya, berbanding ketika awal penglibatannya di dalam bidang seni.
“Kalau dulu dari 100 orang, 90 tidak menyukai saya, hanya 10 yang suka. Tapi kini keadaan sudah terbalik.
“Jika ada pun yang tidak menyukai, saya tidak rasa ia kerana faktor luaran saya, tetapi mungkin ada sikap saya yang tidak disukai orang, dan saya cuba untuk memperbaiki perkara itu,” katanya.
Katanya, dia juga tidak mahu selamanya dikenali sebagai pelakon komedi dan berharap suatu hari nanti diberi peluang untuk mencuba pelbagai watak.
“Kalau boleh saya mahu watak selain komedi. Tapi yang paling saya inginkan adalah watak antagonis.
“Tapi bukanlah sebagai perampas atau orang ketiga sebaliknya watak yang nampak baik luaran tapi punya hati yang jahat,” jelasnya.
Berkongsi perkembangan terkininya, Sherry berkata, dia kini sedang sibuk dengan program baharu di Astro Prima, Akak-Akak Sangat bersama Sharifah Shahora.
Selain itu, dia juga bakal menjalani penggambaran sebuah program travelog bersama Elfira Loy dan Sharifah Sakinah. Bagaimanapun judul program tersebut masih belum ditetapkan.
“Saya juga akan terlibat dengan satu babak penggambaran bersama sebuah produksi dari Indonesia, Falken Picture, yang juga menerbitkan filem My Stupid Boss.
“Walaupun hanya satu babak, tapi saya anggap ia sebagai satu penghormatan kerana bukan mudah untuk menembusi pasaran Indonesia,” ujarnya.
Persiapan sederhana
Sementara itu, di tanya mengenai persiapan Aidilfitri yang dijangka menjelang kurang 10 hari lagi, Sherry berkata, dia membuat persiapan secara sederhana sahaja.
Katanya, mereka sekeluarga akan pulang ke Kuching selama seminggu, bagaimanapun dia sendiri akan kembali bekerja pada hari raya keempat.
“Saya bukan jenis yang beriya membuat persiapan. Cukuplah dua pasang baju untuk dipakai pada hari raya pertama dan kedua.
“Untuk keluarga pula, saya hanya membantu membeli barang mentah untuk memasak dan turut membeli beberapa jenis kuih.
“Tapi biasanya kuih tart nenas, ibu saya lebih suka membuat sendiri,” akhirinya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: