Fenomena yang dinamakan 'rolling cloud' yang jarang sekali berlaku itu muncul sejurus selesai perhimpunan pagi sekolah itu kira-kira pukul 7.35 pagi.
Para guru sekolah berkenaan tidak mensia-siakan kesempatan kehadiran fenomena itu lalu merakamkan gambar serta video kejadian tersebut sebelum dikongsi bersama rakan-rakan menerusi aplikasi WhatsApp.
Satu daripada video yang dirakamkan seorang guru SK Klias Kecil, Normahani Yaakup, yang dihantar kepada Bernama jelas memperlihatkan fenomena awan luar biasa itu dengan pergerakannya begitu cepat sehingga bentuk awan turut berubah dengan pantas.
"Saya pun keluar dan menyaksikan sendiri awan tersebut yang kelihatan seperti tembok tebal di langit dan bergerak begitu cepat dari arah Kuala Penyu ke pekan Beaufort," katanya ketika dihubungi Bernama.
Menurut Normahani, sebaik sahaja hujan turun tidak lama kemudian, bentuk aneh awan berkenaan pun berubah menjadi bentuk awan biasa.
"Inilah kali pertama saya melihat fenomena awan seperti ini di Klias Kecil.Guru-guru lain di sini pun hairan mengapa awan boleh menjadi begitu. Selepas kejadian itu, barulah kami menerima laporan keadaan cuaca di kawasan kami yang diramal mengalami ribut petir, hujan lebat bersama angin kencang," katanya.
Sementara itu, berdasarkan gambar-gambar yang diviralkan, ada awan berbentuk silinder menegak dan melintang seakan-akan puting beliung dan ada pula berbentuk tembok besar.
Bernama difahamkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Madius Tangau akan mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menjelaskan fenomena itu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: