JASIN - Sepasukan pengamal perubatan alternatif berpandangan kejadian papan penghadang ruang solat yang bergerak dengan sendiri di Masjid Tedong di sini baru-baru ini ada hubung kaitnya dengan gangguan jin.
Mereka mendakwa sebagai pasukan yang pakar di dalam kerja-kerja memburu dan menangkap jin sejak empat tahun tahun lalu.
Pengasas kumpulan terbabit, Sa’ad Jaafar, 42, turut mendakwa berkesempatan mengadakan sesi perbualan bersama ketua jin di kawasan masjid berkenaan bagi mengetahui kejadian sebenar yang berlaku.
"Daripada pengamatan kami di masjid ini selama lebih kurang empat jam mendapati kejadian yang berlaku di mana papan penghadang bergerak dengan sendiri adalah angkara jin yang telah menetap di situ sejak jutaan tahun lampau.
“Daripada hasil perbualan kami dengan ketua jin menerusi perantaraan anak saya yang bernama Uwais Al Qarni, 16, mereka mengaku yang menggerakkan papan penghadang ruang solat seberat kira-kira 20 kilogram berkenaan adalah dari kalangan mereka dan bukannya angin,” katanya kepada media di sini kelmarin.
Dalam pada itu sekumpulan media yang membuat liputan berserta Ahli Jawatankuasa Masjid Kampung Tedong turut diberikan kesempatan menyaksikan serta mendengar sesi perbualan antara anaknya, dengan ketua jin terbabit.
Sementara itu, Pengerusi Lembaga Masjid Tedong, Datuk Akhbar Ali berkata, pasukan perubatan terbabit tampil atas kerelaan mereka sendiri tanpa diundang oleh mana-mana pihak.
Bagaimanapun, katanya pihaknya tidak menolak pertolongan yang cuba dihulurkan oleh pasukan tersebut serta masih membuka peluang kepada pihak yang berkuasa lain untuk menyiasat perkara terbabit sehingga 27 Jun ini.
“Dia tampil sendiri ke masjid ini dan kita tidak wajar menghalang niat baik mereka namun saya ingin menegaskan kehadiran mereka di sini bukanlah atas undangan lembaga masjid sebalik mereka datang sendiri secara sukarela.
“Perkara ini, saya sendiri tidak berani hendak mengulas mendalam disebabkan saya bukanlah seorang yang pakar dalam hal mistik sebegini. Cuma kita perlu mengambil kira pandangan Ketua Menteri agar menyerahkannya kepada pihak berkuasa,” katanya.
Sebelum ini, Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) yakin kejadian tersebut adalah atas faktor angin bahkan tidak menolak kejadian itu juga ada hubung kaitnya dengan makhluk halus atau jin.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: