SECARA tiba-tiba nama Wan Dazrin Wan Din atau lebih dikenali sebagai Da’i Wan menjadi sebutan selepas tindakannya memberi respons terhadap kontroversi jenama tudung popular sebelum ini.
Lebih terkesan, teguran lantangnya itu mula menjadi viral menerusi laman sosial dan mendapat perhatian media tempatan sekaligus namanya turut menjadi popular.
“Semuanya telah selesai. Sebenarnya teguran saya itu bukanlah khusus buat pihak tudung terbabit tetapi ia lebih bersifat umum.
“Selepas apa yang berlaku, saya sendiri ada berjumpa dengan pihak mereka untuk membincangkan hal ini. Alhamdulillah, teguran saya diterima dan perkara itu dapat diselesaikan dengan baik,” katanya kepada Zass baru-baru ini.
Menafikan tindakannya itu sebagai jalan pintas dalam mengejar populariti, peserta Da’i musim kedua ini sebaliknya menganggap ia sebagai satu tanggungjawab untuk memberi manfaat dan pedoman kepada masyarakat.
“Sebenarnya setelah apa yang berlaku, saya sendiri terkejut dengan kuasa media. Kalau kita salah langkah atau tutur bicara, impaknya akan memberi kesan kepada diri sendiri.
“Tapi, mujur masyarakat menerima teguran dengan baik, itu sudah cukup buat saya.
“Secara jujurnya, itu bukanlah untuk meraih populariti, tetapi saya mahu ia menjadi manfaat dan pedoman untuk orang ramai,” jelasnya.
Pada masa sama, Da’i berusia 23 tahun ini mengakui medium media sosial adalah antara pendekatan yang digunakan untuk menyampaikan dakwahnya.
“Media sosial sekarang ini, jika kita dapat kuncinya untuk meleraikan sesuatu perkara, ia sangat-sangat membantu dan memberi manfaat yang besar.
“Jadi saya ambil pendekatan ini untuk menyebarkan kebaikan dan boleh dikatakan saya memang aktif dalam menggunakan media sosial,” ujarnya.
Impi program sendiri
Berkongsi mengenai perjalanan kariernya, penuntut jurusan Ijazah Fiqh dan Muamalah tahun keempat Universiti Islam Antarabangsa (UIA) ini mengakui program Da’i banyak memberi perubahan terhadap dirinya.
Malah pengalaman dan pengajaran sepanjang terlibat dalam program itu sedikit sebanyak membantunya mengejar cita-cita untuk bergelar seorang ustaz.
“Selepas tamat Da’i, perjalanan hidup saya berubah 360 darjah. Sebelum ini, saya bukanlah seorang yang boleh bercakap atau berhadapan dengan orang ramai tetapi sekarang semuanya sudah berubah.
“Ustazah Asni Abu Mansor dan Ustaz Dr Izhar Ariff adalah tenaga pengajar yang mendidik saya untuk lebih petah bercakap dan ucapan yang lebih berkesan.
“Pengajaran itu telah melengkapi saya untuk meneruskan karier ini,” katanya.
Selain aktif dalam program keagamaan, Da’i Wan turut menyimpan hasrat untuk memiliki program bual bicaranya sendiri.
“Alhamdulillah, saya banyak terlibat dengan program-program televisyen yang dianjurkan oleh TV3 dan TV9 dan yang terbaharu, saya akan tampil dengan program khas Aidilfitri siaran RTM pada hari raya kedua nanti.
“Sebenarnya apabila bercakap mengenai pencapaian, sudah banyak penghargaan yang diberikan tetapi dari segi kepuasan pula ia cukuplah sekadar apa yang saya sampaikan itu memberi kesan terhadap masyarakat.
"Tetapi saya ada satu impian untuk memiliki dan mengemudi program bual bicara secara spontan.
"Itu adalah antara yang saya mahu lakukan satu hari nanti jika diberi peluang di samping memiliki studio dengan proses kerjanya dilakukan saya sendiri.
"Bagi saya konsep spontan ini akan memberikan input yang lebih mudah diterima dan itulah yang berkesan untuk masyarakat sekarang," ujarnya sebelum mengakhiri perbualan.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: