Sunday, June 26, 2016

Kris Fail Saman Terhadap Dua Peminat Mengaku Teman Wanitanya



Kris memfailkan saman terhadap dua wanita yang mendakwa diri mereka sebagai kekasihnya.
BEKAS anggota kumpulan EXO iaitu Kris memfailkan saman fitnah terhadap dua wanita yang mengaku sebagai kekasihnya pada 22 Jun lalu.

Soompi melaporkan Kris turut meminta ganti rugi yang dianggarkan bernilai RM100,000 daripada tertuduh yang telah menyebabkan namanya tercalar.

Terdahulu, dua wanita berkenaan dalam kejadian berasingan memuat naik gambar bersama Kris di laman sosial mereka mendakwa ia bukti lelaki berkenaan adalah teman lelaki mereka.

Malah salah seorang daripada mereka mendakwa mempunyai rakaman perbualan dengan Kris sebagai bukti hubungan cinta yang terjalin.

Kris menyangkal dakwaan kedua-dua wanita berkenaan dan menyifatkan tuduhan itu sengaja diada-adakan bagi menimbulkan salah faham.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: