BATU KURAU - Walaupun fenomena El-Nino atau cuaca panas berpanjangan yang melanda negara beberapa bulan lalu menjejaskan pengeluaran raja buah, namun keadaan itu memberi rezeki kepada pekebun durian di Batu Kurau kerana harga durian yang dijual agak tinggi.
Seorang peraih yang ditemui, Ilyas Mohd Nasib, 49, berkata, buah durian sememangnya sinonim dengan kawasan Batu Kurau dan antara lokasi tumpuan ramai.
Menurutnya, musim durian pada tahun ini sedikit berbeza berbanding tahun lalu, berikutan peningkatan harga yang diluar jangkaan.
“Jika musim buah durian tahun lalu, berlakunya lambakan sehingga harga jatuh begitu teruk.
“Musim lalu buah dijual antara 30 hingga 50 sen sebiji berbeza pada kali ini apabila ia dijual pada harga RM12 hingga RM25 sekilogram bergantung kepada gred buah,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Ilyas berkata, walaupun tidak semua pekebun merasai nikmat rezeki ini kerana sebahagian besar pokok-pokok durian tidak dapat berbuah seperti sebelum ini.
“Keadaan tersebut disebabkan fenomena El-Nino yang berlaku sehingga mengakibatkan hampir 40 peratus pokok-pokok durian mati.
“Walaupun sebelum ini pokok-pokok berkenaan berbunga, tetapi ia gugur akibat cuaca panas melampau,” katanya.
Dapat permintaan tinggi
Menurutnya, jumlah buah durian pada musim ini amat jauh berbeza jika dibandingkan dengan musim lalu.
“Dahulu buah durian hingga tidak ada harga, tetapi kali ini walaupun harganya mahal tetapi permintaan tetap juga tinggi.
“Permintaan bukan hanya dari penduduk sekitar tetapi dari beberapa negeri seperti Pulau Pinang, Kedah dan Kuala Lumpur,” katanya.
Katanya, buah durian dari Batu Kurau sememangnya berbeza dari buah di tempat lain menyebabkan ia menjadi satu tarikan kepada orang ramai.
“Walaupun jumlah buah terlalu sedikit permintaannya amat tinggi sekali gus menyebabkan harga tidak jatuh merudum pada musim ini,” katanya.
Katanya, pada musim lalu, buah durian yang berjaya dikumpulkannya mencecah 40 hingga 50 tan metrik sehari.
“Namun kali ini hanya mampu mengumpul antara dua hingga tiga tan metrik sahaja sebelum bulan Ramadan dan kini kita hanya dapat mengumpul antara 200 hingga 300 kilogram sahaja sehari,” katanya.
Tambah Ilyas, bagaimanapun, buah-buah durian ini akan kembali banyak selepas raya nanti dan mungkin berlarutan hingga September.
“Malah pada musim ini hanya 45 peratus sahaja buah-buah ini yang berkualiti kerana cuaca panas menyebabkan buah durian tidak masak sempurna,” katanya.
Katanya, di kawasan Batu Kurau terdapat lebih 400 pekebun, namun pada musim kali ini dianggarkan hanya 60 pekebun sahaja mendapat hasil.
“Mungkin ini rezeki sebahagian daripada mereka,” katanya.
Kebun durian tak menjadi
Sementara itu, seorang pekebun yang turut ditemui, Osman Mat Nor, 47, berkata, dia juga tidak menyangka bahawa musim durian pada kali ini memberi kegembiraan kepada sebahagian kecil pekebun.
“Bagi mereka yang mempunyai kebun, inilah masa yang ditunggu-tunggu kerana harga masih boleh kekal,” katanya.
Tambah Osman, dia mungkin agak kurang bernasib baik kerana kali ini kebun duriannya agak tidak menjadi.
“Walaupun mempunyai lebih kurang 1.2 hektar kebun durian, namun rata-ratanya tidak menjadi yang mungkin disebabkan cuaca panas.
“Pokok durian sangat sensitif kerana ia tidak boleh menerima cuaca panas berpanjangan mahupun hujan berlebihan,” katanya.
Menurutnya, ketika ini buah durian sudah semakin berkurangan, namun permintaannya sangat tinggi.
“Kita sebagai pekebun juga tidak boleh berbuat apa-apa kerana buah sememangnya tidak menjadi kali ini,” katanya.
Seorang lagi pekebun yang ditemui, Azmi Yahya, 40, berkata, dia juga teruja dan gembira dengan harga durian ketika ini kerana sedikit sebanyak dapat memberi rezeki kepada segelintir pekebun.
“Saya mempunyai 1.6 hektar kebun durian, namun dianggarkan hanya 10 hingga 20 peratus sahaja yang berbuah.
“Walaupun tidak sebanyak musim yang lalu, sekurang-kurangnya harga tidak jatuh begitu teruk seperti musim lalu.
“Difahamkan pada musim lalu, selain berlakunya lambakan, buah yang dibawa ke luar untuk dijual juga tidak laku,” katanya.
Bekalan durian terhad
Sementara itu, peniaga, Faridah Che Som, 59, berkata, tidak dinafikan permintaan buah durian pada kali ini cukup memberangsangkan.
“Ramai pengunjung dari Kedah, Melaka, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur datang untuk merasai keenakan buah durian Batu Kurau, namun hampa kerana bekalan buah amat terhad,” katanya.
Faridah berkata, walaupun mempunyai kebun sendiri, untuk berniaga di juga terpaksa membeli daripada peraih.
“Sebelum ini dijual pada harga antara RM8 hingga RM15 sekilogram.
Seorang lagi peniaga, Mat Sam Mat Saad, 48, berkata, durian Batu Kurau antara yang paling diminati ramai dan setiap hujung minggu pasti ramai pengunjung datang bertanya di gerai buahnya.
“Kita juga gembira melihat keadaan tersebut kerana ramai yang datang mencari, tetapi penawarannya kurang.
“Namun, keadaan tersebut telah memberi rezeki kepada sebahagian kecil pekebun yang bertungkus-lumus mengangkut buah-buah durian ini dari kebun masing-masing,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: