Monday, June 20, 2016

Younha Tutup Twitter Tak Tahan Dikecam Netizen




Younha mengambil keputusan menutup akaun Twitter miliknya kerana tidak tahan menjadi bahan ejekan netizen.
PENYANYI Younha mengambil keputusan untuk menutup akaun Twitter miliknya selepas tidak tahan dengan cacian dan kritikan diterimanya daripada netizen.
Soompi melaporkan Younha menerusi status terakhirnya berkata, dia berasa sedih apabila sering menerima kata-kata penghinaan tanpa orang mengetahui kedudukan dirinya yang sebenar.

"Jika anda tahu kisah saya, siapa diri saya. Anda pasti tidak akan berkata seperti apa yang dilemparkan menerusi internet.

"Setiap penghinaan yang diberikan bukan mudah untuk saya terima dan kerana itu saya mengambil keputusan menutup akaun Twitter ini.

"Kepada peminat yang setia menyokong saya ucapkan ribuan terima kasih," katanya.

Baru-baru ini muncul sebuah blog yang menghina Younha dan peminatnya dengan menggelar mereka dengan pelbagai kata-kata tidak sopan.

Perbuatan itu didalangi oleh seorang peminat yang kononnya bekas peminat penyanyi itu mendedahkan pelbagai perkara tidak benar mengenai Younha di Twitter.

Dalam perkembangan sama, syarikat pengurusan Younha dalam satu kenyataan memberitahu penyanyi itu membuat keputusan tepat memadam akaun berkenaan kerana dia diserang secara peribadi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: