SEVILLE - SEPANYOL. Kapal terbang tanpa bahan api, Solar Impulse selamat mendarat di selatan Sepanyol, Seville bagi melengkapkan misi melintasi Atlantik.
Juruterbang, Bertrand Piccard membuat penerbangan pantas melintasi lautan selepas meninggalkan New York pada Isnin.
Penerbangan itu adalah peringkat ke 15 dalam usaha pesawat Solar Impulse mengelilingi dunia.
Pengurus misi kini merancang laluan ke Abu Dhabi sejak memulakan penerbangan pada Mac 2015.
Projek ini berharap untuk mengakhiri penerbangan Atlantik di Paris untuk mengulangi penerbangan perintis pada tahun 1927 oleh Charles Lindbergh.
Pesawat Lindbergh's Spirit of St Louis adalah pesawat pertama yang melakukan penerbagan solo melintasi Atlantik
Bagaimanapun, ia terpaksa mendarat di Seville kerana lokasi paling selamat selepas Paris diramalkan akan mengalami ribut, lapor wartawan BBC.
Solar Impulse bergerak dengan pantas mengelilingi bumi sejak memperbaharui cabaran di Hawaii pada 21 April.
Pada tahun 2015, pesawat itu terbang di peringkat ke 8 dari Abu Dhabi ke Kalaelo mengalami kerosakan pada bateri memaksa pesawat itu terdampar selama 10 bulan untuk pembaikan dan menunggu waktu siang optimum di hemisfera utara untuk kembali.
Solar Impulse dilengkapi 17,000 sel photovoltaic.
Ini sama ada kuasa motor elektrik kenderaan secara langsung, atau mengecas bateri lithium-ion, yang mengekalkan pesawat pada waktu malam.
Projek ini bukan bertujuan dipraktikkan untuk penerbangan pada masa depan tetapi ia hanyalah demonstrasi keupayaan tenaga solar secara umum.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: