Friday, June 24, 2016

Kim Sohye (IOI) Buka Kafe Selepas Raih Populariti




Kim Sohye kini pemilik sebuah kafe yang diberi nama Penguin’s Café.
POPULARITI kumpulan IOI kini semakin meningkat dan mereka mempunyai ramai peminat tersendiri.

Salah seorang ahlinya Kim Sohye juga dikatakan menerima tempias yang sama.

Tidak mahu melepaskan peluang tersebut, Kim Sohye mengambil keputusan untuk membuka sebuah kafe iaitu Penguin’s Café.
Kafe yang terletak di kawasan Seoco-gu, Seoul itu dibuka secara rasmi pada 22 Jun lalu.
Kafe milik Kim Sohye yang dibuka baru-baru ini.
Berita itu diberitahu sendiri oleh agensinya S&P Entertainment bahawa salah satu tujuan ialah dapat lebih dekat dengan peminat.

“Pengin’s Café sudah dibuka sekarang, semoga kafe ini menjadi lokasi terbaik untuk Sohye bersama peminat,” ujarnya.

Selain itu, Sohye turut mengadakan perjumpaan dengan peminat di kafe tersebut pada hari pertama pembukaan baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: