KELIBATNYA semakin jarang dilihat di kaca-kaca televisyen mahupun di dada-dada akhbar. Nama Ning Baizura tidak akan dilupakan begitu sahaja.
Malah, penyanyi bersuara soprano ini sebenarnya masih aktif memenuhi undangan nyanyian pada majlis-majlis korporat dan keramaian.
Menceburi bidang seni ini lebih dua dekad lalu, senyap-senyap Ning sebenarnya berisi. Ning kini sibuk dengan proses rakaman album terbaharunya.
"Saya tidak menghilang ke mana-mana. Masih ada, cuma sekarang ni saya sibuk sedikit dengan proses rakaman lagu-lagu untuk album terbaharu saya.
"Selepas tiga tahun tanpa album, sudah sampai masanya saya memberikan hadiah istimewa buat peminat-peminat yang selama ini terus menyokong kerjaya seni saya," katanya.
Ning yang ditemui selepas mengadakan persembahan untuk kempen ‘Senyuman Berseri, Detik Bahagia Bersama Darlie’ di Mydin USJ, semalam berkata, sesi rakaman lagu untuk album terbaharu akan dibuat selepas sambutan Aidilfitri.
“Lagipun sudah ramai peminat yang bertanya dan mahu saya mengeluarkan album baharu, jadi album ini adalah untuk mereka.
“Saya sangat berharap album ini akan memberi kepuasan dan tidak menghampakan mereka,” katanya.
Mengulas lebih lanjut mengenai album terbaharunya itu nanti, Ning akan membuat kelainan di mana akan menjalin kolaborasi bersama komposer dari Jakarta, Indonesia.
“Saya masih tampilkan album penuh seperti yang sebelum ini, iaitu memuatkan lapan hingga 10 lagu atau lebih yang mana ia akan melibatkan sumbangan lagu daripada komposer dari Jakarta.
“Disebabkan itu juga, proses rakaman beberapa lagu untuk album ini turut akan dijalankan di Jakarta,” katanya yang masih belum mahu mendedahkan komposer yang terlibat.
Untuk mengubati kerinduan peminatnya, Ning masih mengekalkan konsep yang sama seperti mana yang diketengahkan dalam album terdahulunya.
“Kalau dari segi konsep, saya tidak mahu lari dengan genre yang pernah saya bawakan sebelum ini.
“Tetapi untuk kelainan, mungkin daripada segi muziknya lebih luas dengan penggunaan elemen-elemen yang menarik seperti muzik orkestra dan sebagainya,” ujarnya.
Ning turut menjangkakan album ini akan siap sepenuhnya pada tahun hadapan.
Pilih bersederhana
Selain menyanyi dan meletakkan fokus utama kepada keluarga, penyanyi yang terkenal dengan lagu Awan Yang Terpilu ini juga sibuk menguruskan perniagaannya.
“Kehidupan saya sekarang tidaklah tertumpu kepada nyanyian semata-mata tapi juga kepada keluarga sebagai fokus utama dan perniagaan.
“Saya sedang menguruskan perniagaan pakaian dengan jenama import yang saya jual menerusi studio fesyen saya sendiri iaitu Conversation Studio yang terletak di Medan Damansara.
“Pada masa sama juga, saya masih menjalankan syarikat pengurusan acara. Boleh dikatakan ini juga antara sebab mengapa saya ambil masa lama untuk menghasilkan album,” katanya.
Ditanya mengenai sambutan Ramadan dan Aidilfitri yang tahun ini, ibu kepada Ryan Sky Dalton, 3, hanya mengharapkan sambutan kali ini lebih sederhana.
“Sepanjang Ramadan ini, saya ambil kesempatan untuk membuat kerja-kerja amal.
“Setiap minggu saya akan berbuka puasa bersama anak-anak yatim Kampung Paya Jaras dan pada masa sama akan mengumpul barang-barang keperluan untuk diberikan kepada mereka.
“Untuk sambutan hari raya pula, semuanya dalam keadaan yang lebih sederhana. Kalau ada yang lebih pun, mungkin untuk anak sahaja.
“Bagi saya apa yang penting, peluang berhari raya itu lebih difokuskan kepada mengeratkan lagi ikatan silaturahim antara keluarga, sanak saudara dan teman-teman,” katanya yang bakal menyambut Aidilfitri di Kuala Lumpur.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: