Monday, June 20, 2016

Cerita Pengajaran TV3 & TV9 Sepanjang Aidilfitri Ini



Antara artis yang hadir pada majlis Syukur Selalu.
KUALA LUMPUR: Barisan artis popular tanah air bakal menghiasi telefilem eksklusif di TV3 dan TV9 sepanjang minggu pertama dan kedua bulan Syawal ini.
Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Kamal Khalid berkata, program-program yang dipertontonkan sepanjang Syawal bukan sahaja dibarisi artis terkenal, malah menyelitkan unsur pengajaran kepada penonton.

"Stesen TV3 dan TV9 menjadi pilihan nombor satu dan dua dalam kalangan penonton Melayu pada bulan Syawal, oleh itu kami menyediakan program-program terbaik yang dibarisi artis terkenal tanah air.

"Selain itu program-program berkenaan mengandungi unsur pengajaran dan penginsafan yang mengeratkan lagi ukhwah antara keluarga, saudara mara, sahabat handai dan masyarakat sekeliling," ujarnya.
Cinta Si Wedding Planner Raya akan disiarkan minggu pertama Syawal.
Beliau ditemui pada majlis pra tonton program Syawal dan berbuka puasa Syukur Selalu yang diadakan Hotel Marriott, di sini, malam Khamis.

Antara artis yang bakal menghiasi telefilem di TV3 ialah Nabila Huda dan Ayu Raudah bagi drama Batu Nisan Ibu, Shukri Yahaya, Zahira MacWilson (Cik Cinderella & Encik Tengku Raya), Adi Putra & Mira Filzah (Cinta Si Wedding Planner Raya), Fattah Amin & Ruhainies (Hello Mr Perfect Raya) dan Izreen Azminda, Rozita Che Wan dan Redza Rosli (Kak Marr Raya).

Manakala TV9 pula antaranya Siti Elizad & Bell Ngasri (Duit Raya), Talha Harith, Aedy Asyraf & Fazlina Ahmad Daud (Pulang) dan Zahiril Adzim, Hanis Kamal dan Liza Othman (Derhaka).

Sementara itu, TV3 turut menyiarkan program variasi dan hiburan Aidilfitri sepertiIndahnya Syawal pada malam raya, Ye Ke?! Raya, Dapur Panas VS 5 Rencah 5 Rasa, Edisi Khas Raya, Melodi Raya, Muzik-Muzik Raya dan Mentor Milenia Raya.

TV9 pula bakal menyiarkan Kita Punya Raya pada menjelang malam raya, Glam Raya, Pop TV Raya, Perang Bibir dan Kisah Di Sebalik Lagu.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton program di televisyen boleh menontonnya menerusi dalam talian portal tonton.com.my.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: