PENGASAS My Ombak Enterprise (Ombak Market), Mohd Nasarudin Hassan berkata, perniagaan barang basah secara online yang diusahakan bertujuan membantu pelanggan menjimatkan masa dan tenaga mereka.
“Saya menjual hasil laut seperti pelbagai jenis ikan, sotong, ikan dan ketam yang segar kerana diambil terus daripada nelayan dengan menawarkan harga yang mampu dimiliki.
“Saya menyediakan perkhidmatan ini sejak awal Januari lalu.
Alhamdulillah, sambutan yang diterima memberangsangkan dan lebih 10 penghantaran pada setiap hari Ahad dan Selasa,” katanya.
Mohd Nasarudin berkata, perkhidmatan yang disediakan bukan sahaja hasil laut, malah ia dicuci dan dibersihkan untuk memudahkan pelanggannya yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.
“Kebanyakan pelanggan saya adalah mereka yang berkerjaya. Dengan adanya perkhidmatan penghantaran barang basah terus ke rumah, ia memberikan kemudahan kepada mereka tanpa perlu bersusah payah ke pasar raya dan pasar basah,” katanya.
Dengan menawarkan hasil laut segar daripada bot nelayan dari Perak, Mohd Nasarudin berkata, pembelian sejenis produk adalah dua kilogram (kg), minima jumlah pembelian RM200 dan hasil laut tersebut tiada pengawet.
“Saya juga menerima pesanan, urusan pembelian dan pembayaran melalui online.
''Istimewanya Ombak Market tidak akan mengenakan caj penghantaran bagi pembelian RM300 ke atas,” katanya.
Lebih murah berbanding pasar raya Menurut Mohd Nasarudin, harga yang ditawarkan bagi setiap pembelian adalah lebih rendah berbanding di pasar raya.
"Dengan adanya perkhidmatan barang basah yang dibersihkan terus ke pintu rumah pelanggan, mereka tidak perlu lagi memikirkan untuk membeli barang basah. Mereka boleh memanfaatkan masa tersebut untuk melakukan aktiviti lain.
“Saya turut menyediakan perkhidmatan lain iaitu pelanggan boleh menempah pelbagai jenis ikan dan caj tambahan akan dikenakan. Setakat ini, jumlah tempahan paling tinggi yang diterima mencecah RM700 daripada seorang pelanggan,” katanya.
Mohd Nasarudin berkata, pelanggan tidak perlu bimbang jika tidak menerima tempahan pada masa sepatutnya kerana dia akan menggantikannya pada minggu seterusnya.
“Saya akan pastikan pelanggan akan mendapat apa yang mereka mahukan.
Saya akan gembira apabila pelanggan berpuas hati kerana semuanya saya lakukan sendiri,” katanya yang akan berulang alik-alik ke Perak.
Dia turut merancang meluaskan perniagaan hasil laut ke pasar malam di Lembah Klang.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: