TUMPAT - Masjid Aziz Al-Hadi di Taman Kota SPP Warisan Kampung Berangan masih memerlukan derma orang ramai untuk menyiapkan pemasangan mozek, pendawaian elektrik, mengecat, siling dan tandas.
Pengerusinya, Azizi Alias berkata, jumlah diperlukan adalah sebanyak RM400,000 lagi.
“Sejak pembinaannya dimulakan dua tahun lalu, masjid ini siap 80 peratus, namun kita masih memerlukan derma orang ramai bagi menyiapkan keseluruhan projek,” katanya.
Menurutnya, sepanjang Ramadan ini, kerja-kerja pembinaan masjid diteruskan dan dijangka akan siap hujung tahun ini.
Azizi berkata, kos keseluruhan pembinaan masjid membabitkan belanja RM1.2 juta dan setakat ini sebanyak RM800,000 telah dibelanjakan.
“Memandangkan masjid ini belum siap lagi, penduduk menunaikan solat terawih di surau sementara di bangunan kedai Taman SPP ini.
“Mudah-mudahan tahun hadapan, masjid ini dapat disiapkan,” katanya.
Azizi berkata, sesiapa yang ingin menghulurkan derma boleh menyalurkan ke dalam akaun Maybank Islamic 153092085749 atas nama Jawatankuasa Masjid Aziz Al Hadi.
“Sebarang pertanyaan boleh menghubungi saya di talian 019-9313131,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: