LAMA tidak dengar kisah penyanyi dan pelakon Lufya Omar. Bintang kelahiran program realiti Akademi Fantasia musim keenam ini.
Selepas berhijab, Lufya banyak menghadiri kelas-kelas Usrah untuk menambahkan lagi ilmu agamanya.
Mungkin ramai tidak tahu, selain masih lagi aktif sebagai pelakon, Lufya kini sibuk menguruskan kelas mengaji al-Quran yang diadakan di rumahnya sendiri.
“Kelas mengaji al-Quran ini sebenarnya sudah lama saya impikan dan sejak beberapa bulan lalu barulah ia dapat dijalankan.
“Kelas ini diadakan pada setiap Khamis dan saya amat berterima kasih kepada Salima Habibi kerana sanggup untuk meluangkan masa mengajar saya dan teman-teman yang lain," katanya.
Kelas tersebut terbuka kepada teman-teman dan pengikutpengikut wanita laman Instagramnya.
“Sepanjang kelas itu, kami diajar untuk membaca Al-Quran dan juga asas tajwid. Saya tidak mengenakan sebarang yuran, tapi syaratnya mereka yang berhasrat untuk sertai mestilah rajin dan benarbenar ingin belajar," katanya.
Tidak hanya mengaji, malah saya akan menjemput seorang ustaz untuk mengajar ilmu Feqah kepada mereka. “Jika ada masa yang sesuai, saya akan menjemput Ustaz Kadej Jofri untuk mengajar.
“Saya adakan kelas ini bukan untuk menunjukkan kebaikan tapi semuanya atas dasar ingin membudayakan al-Quran di samping menambah amal kebaikan sebagai bekalan akhirat nanti," katanya.
Katanya, apa yang dilakukan ini semata-mata adalah untuk kebaikan dirinya dalam lebih mencintai kitab suci ALLAH SWT.
“Bagi mereka yang berminat boleh mengikuti Instagram saya. Cuma kelas ini direhatkan sepanjang Ramadan ini kerana masing-masing mahu meluangkan masa untuk menunaikan solat Tarawih.
“Insya-ALLAH, selepas Aidilfitri nanti, kita akan mulakan kelas ini semula,” jelasnya.
Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar berkata, pengisian hidup dengan mendalami ilmu agama benar-benar membantu dirinya untuk terus yakin dengan pilihan hidupnya itu.
“Dalam menjalani perubahan ini, kita harus menjaga pelbagai aspek namun kadang-kadang kita juga boleh terlupa. Itu semua lumrah manusia dan saya sendiri tidak terlepas daripada itu.
“Saya sendiri banyak melibatkan diri dengan menghadiri kelas-kelas agama untuk terus mengisi kekurangan yang ada dan pergaulan bersama mereka yang lebih positif juga membantu saya untuk sentiasa cekal dengan perubahan ini,” katanya.
Kemanisan Ramadan
Beralih kepada perkembangan karier seninya, Lufya memberitahu pada masa ini dia sedang sibuk menjalani penggambaran drama slot Samarinda, Umairah arahan Along Kamaluddin.
“Bekerja di bulan Ramadan sememangnya mencabar apatah lagi saya memegang watak utama yang memerlukan saya berada di lokasi seharian suntuk.
“Memang memenatkan, namun saya harus kuat menggalas tanggungjawab ini. Lagipun watak yang saya bawa adalah sesuatu yang boleh memberi manfaat kepada penontonnya dan Insya-ALLAH saya akan lakukan yang terbaik.
“Apa yang penting, dalam kesibukan, pihak produksi sangat memahami dan memberi kelonggaran kepada saya untuk menunaikan kewajipan sebagai seorang Muslim sekaligus menjadikan tugas saya lebih lancar,”ulasnya.
Biarpun sibuk dengan lakonan, Lufya bagaimanapun enggan terlepas daripada merasai kemanisan Ramadan
dengan beriktikaf pada 10 malam terakhir Ramadan.
“Memang awal hingga pertengahan Ramadan saya sibuk dengan penggambaran, tapi berniat untuk fokus beribadah pada 10 malam terakhir.
“Itu adalah saat-saat yang saya nantikan. Seperti tahun lalu, saya belajar dan menjalaninya bersama beberapa teman lain dan Insya-Allah, tahun ini saya juga tidak mahu ketinggalan,” katanya sebelum mengakhiri perbualan.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: