APABILA tiba Ramadan, pasti pelbagai program masakan diterbitkan. Tidak kiralah hidangan utama, kuih-muih ataupun pelbagai jenis air hinggalah pencuci mulut.
Dalam banyak-banyak program masakan ini, antara yang sering menjadi tumpuan adalah Ketuk Ketuk Ramadan terbitan JS Pictures Sdn Bhd.
Dikendalikan Sheila Rusly yang juga penerbitnya, program ini berkongsi pelbagai resipi menarik khususnya di bulan Ramadan.
Lebih menarik, selebriti tempatan diundang berkongsi resipi mereka menerusi program itu.
Dek kerana populariti program masakan ini, ia mendapat perhatian pelayar-pelayar laman sosial sehingga menjadikan program tersebut subjek parodi.
Antara video yang paling banyak mendapat tontonan dan komen merupakan video dubsmash sentuhan Nizam Rahman.
Video yang memaparkan gaya Nizam Rahman meniru Sheila Rusly memasak itu mendapat lebih 70,000 tontonan.
Menerusi video itu dia mengajak penonton video berkenaan mencuba resipi Ayam Ala Memori sebagai hidangan berbuka puasa.
Gelagatnya yang cuba meniru Shiela Rusly memasak hidangan tersebut sangat mencuit hati penonton.
Selain video tersebut, satu lagi video yang menjadi perhatian adalah dubsmash Ketuk Ketuk Ramadan yang dihasilkan oleh Kunyi Ahmad.
Video tersebut turut mendapat hampir 30,000 tontonan.
Ia agak berbeza daripada video sentuhan Nizam Rahman yang mana paras rupanya lebih menyerupai Sheila Rusly.
Bagaimanapun, video diilhamkan Kunyi Ahmad ini tetap mempunyai tarikan tersendiri. Susah tentu bahasa badannya yang mencuba menjadi Sheila Rusly membuatkan penonton tidak kering gusi.
Sempena Ramadan ini apa kata pembaca meluangkan masa menonton seketika dubsmash Ketuk Ketuk Ramadan yang dihasilkan mereka ini.
Parodi Kurma Yusof Taiyoob Bulan Ramadan juga sinonim dengan buah kurma.
Kerana itu, setiap kali Ramadan pasti iklan kurma akan disiarkan di mana-mana saluran televisyen.
Dalam banyak-banyak iklan ini, antara yang menjadi perhatian adalah iklan Kurma Yusof Taiyoob.
Kerana bisikan popular yang diselitkan menerusi iklan itu, ramai yang tidak dapat melupakannya. Menariknya, penangan bisikan tersebut ramai yang cuba membuat video parodi bertemakan buah kurma.
Video dihasilkan Spekmataproduction ini tidak kurang hebatnya. Menyelitkan adegan seram sebagai genre penceritaan, ia sedikit sebanyak membuatkan penonton ketawa terbahak-bahak.
Mendapat lebih 10,000 tontonan, video berkenaan dihasilkan dengan kreativiti yang tersendiri.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: