PELAKON drama bersiri Mak Cun ini mengakui karier lakonannya agak hambar sejak kebelakangan ini.
Katanya, bukan kerana tidak menerima tawaran lakonan, sebaliknya fokus terhadap bidang perniagaan yang baru diceburi membuatkan dia terpaksa memberikan lebih perhatian terhadap bidang itu.
Menurut Azwan Kombos, dia bagaimanapun tidak menjadikan perniagaan alasan untuk berhenti daripada dunia seni.
“Saya sendiri tidak sedar kerjaya sebagai pelakon semakin hari semakin perlahan.
“Ini kerana apabila saya sibuk dengan urusan perniagaan, masa saya untuk lakonan diisi dengan perkara tersebut dan membuatkan saya leka,” katanya.
Ditanya apakah dia berkecil hati kerana perjalanan seninya merudum secara tiba-tiba, katanya dia menerima perkara itu dengan terbuka.
“Mungkin sekarang bukan rezeki saya, lagipun, dunia seni memang ada pasang surutnya,” katanya ditemui pada majlis pelancaran Warisan Produk Mak Cun, baru-baru ini.
Jelasnya, perniagaan produk kecantikan Vermillion Essence Mist yang diusahakan bersama tunangnya pelakon Ezzaty Abdullah itu baru dilancarkan hujung Mei lalu.
“Sebenarnya idea untuk menjalankan perniagaan ini diilhamkan oleh Ezzaty.
“Tetapi saya tergerak hati untuk membantu serta menyokongnya kerana saya fikir ia produk yang bagus.
“Lagipun, kami bakal bergelar suami isteri tidak lama lagi, jadi ini salah satu usaha kami untuk memastikan masa hadapan kami lebih terjamin,” katanya.
Berkongsi perkembangan perniagaannya, kata Azwan, dia bersyukur kerana sambutan diterima amat memberangsangkan.
“Alhamdulillah, setakat ini ada sahaja permintaan, rasanya semakin hari semakin meningkat.
“Respons diberikan pengguna juga baik dan saya harap dapat mengekalkan momentum sebegini,” katanya.
Belum mahu umum
Pasti sudah ramai sedia maklum Azwan dan Ezzaty akan mendirikan rumah tangga sekitar bulan Syawal ini.
Bagaimanapun, tarikh sebenar majlis pernikahan mereka belum lagi diberitahu.
Menurut Azwan, bukan tidak mahu mendedahkan tarikh perkahwinan mereka lebih awal, tetapi mereka bimbang jika berlaku sesuatu di luar dugaan.
“Kami memilih untuk tidak memberitahu tarikh lebih awal hanya untuk berhati-hati sahaja.
“Kalau terlalu bercerita atau kecoh, rasa tidak elok pula. Insya-ALLAH, sampai masanya kami akan beritahu, itu pun selepas kad dicetak,” katanya.
Jika sebelum ini Azwan pernah mempunyai kekasih seorang selebriti, iaitu Nad Zainal, tetapi itu bukan bermakna dia serik untuk bercinta dengan pasangannya yang terlibat dalam dunia seni.
“Jodoh ini datangnya daripada ALLAH, saya sendiri tidak sangka bertemu pasangan hidup seorang pelakon selepas berpisah dengan Nad.
“Tetapi saya bersyukur kerana Ezzaty sangat memahami saya. Lagipun, saya tidak mahu memori lama menjadi penghalang kepada kebahagiaan saya bersama Ezzaty,” katanya.
Ditanya apakah dia sudah bersedia bergelar suami, kata Azwan, dalam usianya yang sudah mencecah angka 31 tahun, dia yakin mampu menjadi suami yang bertanggungjawab.
“Saya harap perkahwinan dibina berjalan lancar. Saya tahu tanggungjawab menjadi suami memang berat tetapi saya sudah bersedia,” katanya.
Majlis pernikahan mereka akan diadakan di Bentong, Pahang manakala majlis resepsi diadakan keesokan harinya di sekitar Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, majlis resepsi tersebut hanya diadakan untuk keluarga dan rakan terdekat.
Tidak halang Ezzaty
Kerjaya seni Ezzaty dalam bidang seni yang sedang meningkat mungkin akan terjejas selepas dia bergelar seorang isteri.
Azwan bagaimanapun menjelaskan, dia tidak sesekali menghalang bakal isterinya itu untuk terus berlakon.
“Saya tidak mahu sekat kerjayanya yang sedang meningkat naik.
“Minatnya dalam bidang ini perlu diteruskan. Lagipun, saya yakin dia bijak menguruskan masa terhadap rumah tangga nanti.
“Apa yang penting, dia pandai menjaga diri dan tahu batas-batas sebagai isteri,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: