PONTIAN - Bubur lambuk yang dimasak setiap hari secara rewang di Masjid Jamek Kampung Parit Kudus sejak empat tahun lalu, menjadi antara juadah dinantikan penduduk sekitar setiap kali tibanya Ramadan.
Keenakan udang kering yang dicampur dalam bubur lambuk dimasak ahli jawatankuasa masjid itu menyebabkan 300 bungkus bubur habis tidak sampai dalam tempoh dua jam setiap hari pada Ramadan.
Imam masjid, Basiran Salipan berkata, penggunaan udang kering dalam penghasilan bubur lambuk membangkitkan rasa dan aroma yang begitu enak.
“Selain udang kering, bahan lain digunakan seperti daging, lobak, kentang dan pelbagai rempah ratus,” katanya.
Menurutnya, bubur lambuk yang telah dibungkus akan diletakkan atas meja di kawasan pekarangan masjid seawal jam 2 petang bagi memudahkan orang ramai mengambilnya.
"Setiap hari 20 kilogram beras akan dimasak oleh ahli jawatankuasa masjid bermula 8 pagi.
“Proses penyediaan bubur lambuk bermula dari memasak hingga membungkus dilakukan secara rewang atau gotong-royong bagi merapatkan silaturahim,” katanya, semalam.
Kata Basiran, kos bahan mentah bagi memasak bubur lambuk hasil sumbangan orang ramai dan penduduk setempat itu bermula sejak program bubur lambuk dirancang, kira-kira empat bulan sebelum ketibaan Ramadan.
“Selain wang tunai, ada juga yang menghulurkan sumbangan berbentuk barang seperti
beras, tong gas, gula dan bahan masakan lain.
“Masing-masing begitu bersemangat dan teruja mahu memulakan program bubur lambuk sepanjang Ramadan kali ini,” katanya.
Jelasnya, kain rentang turut dipasang di sepanjang laluan kampung.
“Masjid Parit Kudus terletak di laluan yang menjadi laluan utama penduduk, justeru mudah bagi mereka untuk datang ambil bubur lambuk di sini setiap hari,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: