Sunday, July 3, 2011

Rizal mengaku fobia




DENGAR cerita Rizal kena belasah hari itu sebab ada orang nak beri ‘peringatan’ pada kamu, apa cerita? Peringatan? Atas dasar apa? Peringatan apa pula, saya tak pernah bermusuhan dengan sesiapa pun.

Ada yang kaitkan insiden itu kerana Rizal suka memainkan perasaan wanita, macam kasanovalah. Mungkin ada yang sakit hati, jadi dia hantar orang untuk belasah awak. Komen sikit.

Ya Allah..saya tak pernah memainkan perasaan mana-mana wanita pun. Benda dah nak jadi. Kenapa pula kaitkan dengan wanita? Saya rasa itu cuma tanggapan orang sahaja. Mereka tak berada di tempat saya, jadi mereka boleh cakap apa saja. Lagipun kalau saya buat macam tu, fikirlah kalau satu hari nanti terkena pada keluarga sendiri bagaimana? Saya tak mahu ia berlaku.

Mungkin juga Rizal ada buat perangai. Contohnya pernah cari pasal dengan pihak tertentu?

Saya punya banyak kawan dan setakat ini saya tak pernah cari pasal dengan mereka. Tapi tak tahulah kalau-kalau ada yang pernah terasa atau merasa tersinggung dengan perbuatan saya, jadi ada yang sanggup buat begitu. Tapi jujurnya saya tak pernah punya musuh.

Entah-entah Rizal rampas teman wanita orang kot? Baik cakap siapa Hamaria itu sebenarnya?

Eh, Hamaria dan saya dah lama berkawan. Kami sama-sama berasal dari Sarawak. Dah tiga tahun kami berkawan. Dia pun baru sahaja kerja di Kuala Lumpur (KL) sebagai pegawai operasi di sebuah syarikat penerbangan Firefly. Oleh kerana dia tak biasa dengan KL ni, jadi sebagai kawan, saya banyak tolong dia.

Betul ke kawan saja? Sanggup ambil dia dari tempat kerja tengah-tengah malam dan hantar pulang ke rumah di Kota Damansara, mesti istimewa tu.

Saya cuma membantu dia. Lagipun kami saling mengenali keluarga masing-masing. Emak dia pun ada pesan supaya tolong tengok-tengokkan dia di KL ni. Tak salah pun saya buat begitu, lagipun banyak lagi yang dia tak tahu tentang kehidupan di KL ni. Ya..anggap sajalah dia teman istimewa saya.

Tak sedap juga dengar bila ada yang buat spekulasi mengatakan insiden ini sengaja direka-reka. Kononnnya Rizal sengaja mahu cari publisiti. Iyalah..sebab dah lama jadi artis ‘sendu’.

Ya Allah...buat apalah saya nak reka-reka, ini benda serius. Satu jenayah. Saya tak ada niat pun nak cari publisiti dan buat nama meletup. Kalau nak tahu, kalau boleh, saya tak mahu buat laporan polis pun. Sebab takut dua penjahat itu cari saya untuk balas dendam atau apa saja. Takut perkara lebih buruk berlaku. Tak mustahil bukan? Tapi saya buat juga laporan sebab bimbangkan keselamatan dan juga selepas mendapat nasihat daripada teman-teman rapat. Kejadian berlaku diluar jangkaan.

Selepas insiden, ada tak Rizal rasa takut atau serik untuk keluar malam-malam lagi?

Terus-terang saya cakap, saya memang fobia sekarang. Rasa macam tak selamat. Rasa macam diekori. Trauma pun ada. Entahlah.

Tindakan lanjut selepas ini?

Baru-baru ini saya ada berbincang dengan keluarga, mungkin selepas ini saya akan minta abang saya dari Sarawak untuk tinggal bersama di sini. Bukan apa, kalau ada keluarga dekat, rasa selamat sikit. Saya juga akan lebih berhati-hati lepas ini.

Kalau bukan kerana hal wanita atau cari pasal dengan orang, Rizal agak apa motif sebenar insiden ini?

Susah nak cakap. Tapi saya tak menolak mungkin ini salah satu cubaan untuk merompak. Memanglah ketika itu tak ada barang yang diambil atau hilang. Tapi mungkin juga mereka tak sempat nak rompak sebab ada orang datang cuba tolong kami selepas Hamaria menjerit. Cuma saya agak kecewa sebab tak dapat ingat nombor plat kereta mereka. Tak mengapalah, biarlah pihak polis yang jalankan siasatan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: