Monday, July 25, 2011

Fathia semakin takut dibenci

Fathia tidak mahu terus berputus asa

Terlalu banyak tanggapan buruk tentang dirinya, pelakon yang sedang popular dengan drama Stanza Cinta yang bersiaran setiap Ahad, jam 9 malam ini mengakui dia sanggup menerima segala kritikan dan tohmahan itu kerana minatnya terhadap lakonan.

Tidak pernah berputus asa untuk memberikan yang terbaik dalam setiap tidak tanduknya di atas dunia seni ini,menurut Fathia dia bukanlah seperti yang digambarkan oleh beberapa gosip yang menghentamnya kini.

Tidak berniat untuk memilih dimana letak wajahnya didalam akhbar mahupun majalah, Fathia juga menjelaskan ada sedikit salah faham sewaktu rundingan untuk sesi fotografi bersama sebuah majalah dijalankan, dan berikutan daripada itu, dia dikatakan mula menunjukkan lagak dan sudah mula demanding.

"Bukan saya tidak mahu bergambar dengan majalah tu, tapi pada masa yang ditetapkan itu saya ada hal lain. Sebelum ni, mereka berbincang dengan Izzat (pembantu peribadi), jadi saya tidak tahu hal yang sebenarnya, bila mereka telefon semula baru saya beritahu bahawa saya tidak dapat turut serta kerana ada hal lain.

"Ini mungkin hanya salah faham dan salah komunikasi, dan saya langsung tidak berniat untuk menolak fotografi itu hanya kerana bukan untuk menghiasi kulit majalah,"jelas Fathia.

Terlalu banyak kontroversi yang diterimanya ketika ini, menurut Fathia ia sedikit sebanyak memberi impak kepada kehidupan sehariannya.

"Orang ramai percaya kepada gosip, seperti saya baling telefon pada pengarah keluar tempoh hari, ramai yang percaya saya seorang yang bermasalah. Orang mula pandang serong pada kerjaya saya, tapi Alhamdulillah, selepas beri beberapa kenyataan di media, perkara ini reda kembali.

"Saya akui banyak cerita buruk tentang saya keluar, tapi kebanyakkannya disebabkan salah faham sahaja. Saya tahu jika terlalu banyak perkara sebegini berlaku, maka ramai orang mula membenci saya.

"Namun, bukan semua yang ada dalam diri saya ini negatif, saya bukan jenis orang yang tidak tahu beradap, dan saya juga bukan jenis yang bermasalah, malangnya, perkara-perkara positif tentang saya jarang sekali diberi perhatian,"jelas Fathia.

Tidak mahu berputus asa dengan apa yang terjadi atas dirinya sekarang, jelas Fathia dia tetap cuba memberikan yang terbaik dalam setiap apa yang dilakukannya.

"Saya tidak berputus asa, saya yang mahu masuk ke dalam bidang ini, jadi saya harus hadapinya dengan tenang.

"Sebolehnya, saya akan lakukan yang terbaik selepas ini dan cuba mengawal perasaan agar tidak stress,"luahnya mengakhiri perbualan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: