
Pengarah Urusan Highpoint Service Network Sdn Bhd, Gerard Ho berkata, Acer dan cawangannya di negara ini adalah penyedia perkhidmatan rasmi Acer Malaysia.
Menurutnya, ia kini sedang giat bekerjasama untuk menggabungkan rangkaian kilang perisian Doktor-PC dengan penyelesaian maju pelanggan Acer dan pihaknya berusaha sama menghasilkan pengalaman terbaik kepada pelanggannya selain menginginkan penyelesaian diagnostik yang sama.
“Selepas menjalani ujian rapi penyelesaian dengan pihak ketiga dalam program perintis, Doktor-PC telah diiktiraf dari segi kualiti perisian dan kecemerlangan perkhidmatan.
“Dengan penggunaan Doktor-PC di semua Pusat Perkhidmatan Highpoint, kami kini mempunyai sistem diagnostik yang konsisten dan seragam untuk pelanggan Acer di seluruh negara,” katanya.
Malah, menurutnya, pelanggan boleh memastikan kualiti selepas pembelian dan boleh mengenal pasti masalah yang dihadapi walau di mana mereka berada.
Malaysia pertama menggunakan rangkaian kilang perisian Doktor-PC pada semua pusat perkhidmatannya secara berperingkat dengan tujuan memastikan perkhidmatan jualan lebih baik kepada pelanggan Acer.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: