JAKARTA: Sudah dua kali Luna Maya dan Ariel melaporkan diri kepada pihak polis untuk menjalani pemeriksaan secara forensik sebagai saksi berhubung kes video lucah yang dikatakan lakonan mereka berdua.
Hingga kini belum dipastikan bila Ariel-Luna akan diperiksa lagi.
"Kita menunggu panggilan dari polis saja. Tidak tahu bila dia akan dipanggil semula," ujar salah seorang pengacara Boy Alfian kepada media dalam talian, detikhot.com, Sabtu lalu.
Ariel dan Luna muncul pertama kali di balai polis Mabes 11 Jun lalu.
Namun kedua-duanya tidak menghabiskan masa yang lama di balai polis kerana kesihatan Ariel yang kurang baik.
Mereka kemudian muncul kembali di khalayak pada 14 Jun lalu dalam satu wawancara dengan Karni Ilyas dari TV One.
Pada 18 Jun lalu, kedua-duanya diperiksa secara intensif di balai polis berhubung penyebaran video lucah tersebut.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: