HASRAT Kumpulan The Spice Girls untuk menarik bekas ahli kumpulan mereka, Victoria Beckham menyertai semula kumpulan itu ternyata gagal.
Ahli-ahlinya Geri Halliwell, Emma Bunton, Melanie Brown dan Melanie Chisholm sebelum ini telah bertemu untuk melakukan persediaan menghasilkan album baru iaitu cakera video digital dan siri jelajah.
Bagaimanapun mereka sukar meyakinkan Victoria untuk menyertai semula The Spice Girls, menurut laporan media.
"Wanita-wanita itu begitu teruja sekiranya dapat menarik Victoria menyertai kumpulan itu kerana mereka mempunyai pelbagai idea untuk dikongsi bersama," kata satu sumber kepada pihak media.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: