Thursday, June 3, 2010

UMT hasilkan ikan tilapia air masin


ANUAR (dua dari kiri) melihat ikan tilapia air masin yang diletakkan di dalam akuarium di UMT, Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU - Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berjaya menghasilkan ikan tilapia air masin.

Pengarah Institut Akuakultur Tropika UMT, Prof. Dr. Faizah Shaharom berkata kejayaan itu dicapai setelah lebih dua tahun menjalankan kajian.

"Ikan tilapia air masin mempunyai rasa seperti ikan laut dan tidak berbau tanah seperti ikan tilapia air tawar," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Turut hadir Timbalan Pengarahnya, Prof. Madya Dr. Anuar Hassan.

Menurut Dr. Faizah, ikan tilapia air masin dibesarkan dalam air laut.

Katanya, UMT bercadang untuk menjalankan projek itu secara besar-besaran tidak lama lagi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: