Friday, June 18, 2010

Tarik pelaburan swasta RM115b

BERBEKALKAN pelaksanaan ekosistem kondusif daripada pelbagai sudut, kerajaan yakin sasaran untuk menarik pelaburan swasta berjumlah RM115 bilion setahun di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10), mampu dicapai.

KENANGAN ...Najib  menerima cenderhati dari Datuk Siti Norhaliza  ketika melawat gerai kosmetik keluarannya di Kempen Beli Barangan Buatan  Malaysia 2010 di PWTC, semalam.
KENANGAN ...Najib menerima cenderhati dari Datuk Siti Norhaliza ketika melawat gerai kosmetik keluarannya di Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia 2010 di PWTC, semalam.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata bagi membolehkan sasaran yang disifatkan amat besar itu dicapai, ia perlu diikuti tindakan susulan bersifat meningkatkan pembangunan ekosistem.


“Ekosistem itu perlu dilihat daripada pelbagai sudut termasuk pekerja lebih produktif, berkemahiran dan efisien dengan membabitkan banyak latihan.


“Ia termasuk keefisienan pasaran iaitu menjadikan pasaran negara lebih kompetitif. Kerajaan akan turut mengambil peranan sebagai pemangkin dan mempromosikan keefisienan pasaran bagi membolehkan sektor swasta membuat keputusan pelaburan,” katanya pada majlis pelancaran Kempen Beli Barangan Malaysia 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam. Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), jumlah pelaburan swasta sebanyak RM356.1 bilion dengan kira-kira 72 peratus membabitkan pelaburan swasta dalam negeri manakala 28 peratus atau RM99.7 juta adalah pelaburan langsung asing (FDI).


Perdana Menteri berkata, di bawah RMK-10, kerajaan berusaha mengurangkan defisit fiskal daripada 5.3 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun ini kepada kurang tiga peratus menjelang 2015.


Beliau berkata, melalui RMK-10, kerajaan akan berusaha memastikan taraf serta kualiti hidup rakyat bertambah baik terutama bagi 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: