Thursday, June 24, 2010

Shell perkenal V-Power 97 Sabah, Sarawak


Leslie Ng (Kanan) bersama-sama pengurus teknologi bahan api Shell Global bagi Asia PaSifiK dan Asia Barat, Eric Holthusen semasa pelancaran Shell V-Power 97 di Kuching, semalam.


KUCHING 23 Jun – Pemandu-pemandu di Sabah dan Sarawak kini boleh mengalami prestasi Formula One (F1) apabila memandu kenderaan mereka dengan pelancaran bahan api baharu, Shell V-Power 97, bagi pasaran Malaysia Timur.

Pengurus Jualan Runcit Nasional Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd., Leslie Ng berkata, bahan api itu kini boleh didapati pada harga RM2.05 seliter di stesen-stesen minyak Shell yang terpilih di Kuching, Miri, Bintulu dan Sibu dan di beberapa stesen tertentu di Kota Kinabalu.

“Shell V-Power 97 dicipta untuk membantu kereta anda mencapai potensi prestasinya, apa jua kereta yang anda pandu, pada harga yang sama bagi RON97,” katanya pada pelancaran rasmi bahan api V-Power 97 di sini hari ini.

Shell V-Power 97 boleh didapati di 750 stesen Shell di seluruh negara dan telah menggantikan gred bahan api RON97 di pam minyak.

V-Power 97 berbangga dengan bahan tambah Teknologi Pengubahsuaian Pergeseran yang digunakan oleh Shell bagi Ferrari dalam perlumbaan F1.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: