SUSAH benar hatinya untuk menerima lamaran lelaki memandangkan dirinya pernah dikecewakan oleh bekas suaminya 13 tahun lalu.
Sebelum berpisah dengan bekas suaminya, mereka pernah menjalin cinta selama sembilan tahun namun perkahwinan yang dibina hanya bertahan sekejap cuma.
Kini, walaupun sedang dilamun perasaan dengan Saddiq Raffali, 29, setelah saling mengenali empat tahun lalu, Shahriza masih tidak dapat melupakan kisah silamnya itu.
Malah perasaannya akan cepat tersentuh lebih-lebih lagi apabila menghadiri majlis pernikahan rakan-rakan terdekat.
Ketika menghadiri majlis pernikahan Wafa Tan Sri Abdul Kader dan Tajul Faizal Tamimuddin di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur semalam, Shahriza tidak dapat menahan perasaan sebak lantas mengalirkan air mata waktu bersalaman dengan Wafa.
“Saya tak tahu mengapa perasaan saya cepat sensitif apabila orang tanya tentang kahwin. Ramai juga yang bertanya, tetapi saya tak tahu bagaimana hendak menjawabnya.
“Saya hanya wanita biasa dan suatu hari nanti saya akan berkahwin juga. Sekarang, saya hanya menunggu masa,” katanya sambil tersenyum di samping kekasihnya, Saddiq di ruang legar masjid itu.
Sengaja diusik dan bertanya bila giliran dia dan Saddiq akan mendirikan rumah tangga. Dengan tenang, Shahriza menjawab: “Saya hanya berdoa. Kalau jodoh kami sudah sampai, saya takkan menolak.”
Tanpa semena-mena, Saddiq, abang kepada penyanyi dan komposer Ana Raffali itu yang padanya lebih banyak berdiam diri di sebelah Shahriza bersuara untuk melamar Shahriza tanpa diduga.
“Kita kahwin tahun ini ya,” lantas bertanya terus kepada Shahriza di hadapan penerbit filem, Raja Azmi Raja Sulaiman yang turut berbual dengan pasangan itu.
Raja Azmi yang mendengar lamaran Saddiq kepada Shahriza itu terus berkata: “Tunggu apa lagi, elok sangatlah tu. Buat sahaja sebelum bulan puasa tahun ini. Orang kata lebih berkat. Bukan susah, buat majlis nikah secara ringkas sahaja,” sarannya yang sempat menawarkan khidmat untuk menjadi perunding perkahwinan mereka berdua.
Shahriza, pelakon serba boleh dan popular menerusi drama-drama tempatan berpisah dengan bekas suaminya setelah mengetahui lelaki itu curang.
Lebih daripada itu dia menanggung derita berpanjangan apabila bekas suaminya menghilangkan diri selama lebih empat tahun sebelum muncul semula untuk `melepaskannya'.
Antara drama lakona Shariza adalah Semanis Janji, Antara Maruah dan Pengorbanan, Berarak Memori Jingga, Bumi Hijau, Kau Curi Cintaku dan Masak Lomak Cili Padi.
Shahriza juga pernah menjadi penolong pengarah di samping Saddiq untuk klip video lagu Hujan Bunga di Kuala Lumpur nyanyian Ana Raffali.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: