KULAIJAYA - Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2010 bakal bermula pada 26 Jun ini atau 10 hari lagi namun bagi Sultan Johor, tempoh tersebut terlalu lama.
Segala-galanya disebabkan keterujaan Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar memulakan kembara dengan memandu kereta api dari Johor Bahru ke Segamat.
Tarikh 26 Jun itu lebih bermakna bagi baginda yang akan dikurniakan lesen memandu kereta api secara sah dalam kembara selama tiga hari itu.
Keghairahan tersebut jelas terpancar pada wajah baginda ketika menjalani sesi latihan memandu dari Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Johor Bahru ke Kulaijaya.
"Saya sentiasa memikirkan bila 26 Jun itu akan sampai dan tidak sabar hendak dapat lesen kereta api.
"Pada hari KMJ kelak, saya perlu memastikan masa ketibaan di sesuatu tempat adalah tepat," titah baginda kepada pemberita selepas sesi latihan tersebut yang turut menarik perhatian penduduk tempatan.
Sultan Johor gembira kerana sesi latihan berjalan lancar meskipun perjalanan sejauh 35 kilometer mengambil masa kira-kira sejam.
"Saya pandu perlahan dan paling laju mencecah 100 kilometer sejam,'' ujar baginda.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: