LOS ANGELES - Ratusan peminat filem puntianak, The Twilight Saga: Elicpse sanggup tinggal di dalam khemah yang didirikan di luar Plaza Nokia di sini kelmarin tiga hari sebelum tayangan perdana filem itu ditayangkan, lapor sebuah akhbar semalam.
Sebahagian daripada peminat filem yang berkhemah itu berumur 11 tahun dan awal 20-an.
Menurut beberapa peminat, mereka berharap dapat menemui pelakon-pelakon dan aktres filem itu selain mahu menikmati detik-detik sebelum ia ditayangkan esok.
Filem itu dilakonkan oleh pelakon dari Britain yang menjadi kegilaan ramai golongan muda iaitu Robert Pattinson selain aktres Kristen Stewart.
Seorang bapa, Vern Monnett sanggup menghantar bekas ais minuman untuk anaknya, Natasha Monnett berumur 11 tahun yang tinggal dalam khemah di luar Plaza Nokia kelmarin.
Salah seorang peminat yang berkhemah itu, Katherine Ramirez berusia 14 tahun turut membawa buku untuk dibaca semasa menunggu tayangan perdana itu bermula.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: