BERWARNA-WARNI, menyeronokkan, dan penuh dengan tarian gelekan serta melodi merdu. Begitulah gambaran yang dapat diberikan kepada musical broadway, SHOUT! The Mod Musical.
SHOUT! yang diadakan di Pentas 1, Kuala Lumpur Performing Art Centre (KLPAC) dari 17 Julai hingga 21 Julai ini pastinya menghiburkan orang ramai dengan muzikal luar biasa.
Lebih menarik, bintang handalan, Ning Baizura mengesahkan beliau akan membuat persembahan bersama artis-artis seperti Nikki Palikat; Tria Aziz, Shanel Shanty James dan Tisha Zarina.
Mereka akan membentuk pasukan berwarna-warni iaitu Orange Girl, Green Girl, Red Girl, Blue Girl dan Yellow Girl yang akan melantunkan vokal bertenaga masing-masing.
Turut menyerikan persembahan itu adalah artis Joanna Bessey; Stephanie Van Driesen dan Chelsia Ng untuk memastikan SHOUT! berjalan dengan lancar.
Mereka akan berganding bahu berlakon sebagai burung-burung cantik mengalunkan melodi indah yang popular pada 60-an.
Casey Koh ialah produser eksekutif dan pengarah muzik untuk persembahan muzikal ini.
Sebanyak 24 muzikal asli hasil ciptaan pemenang anugerah, Phillip George dan David Lowenstein akan dipersembahkan.
Shout! akan seolah-olah membawa para penonton membelek halaman-halaman senaskhah majalah muzikal. Mereka akan dibawa menghayati muzik, fesyen dan kebebasan pada 60-an di England.
Petula Clark, Dusty Springfield dan Lulu adalah antara artis antarabangsa yang pernah popular menerusi persembahan muzikal ini.
Untuk maklumat lanjut, layari www.broadwayacademy.asia.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: