BIRMINGHAM - Seorang peminat fanatik bola sepak di Britain, Dan Taylor, 30, sanggup meletakkan rumput di ruang tamu rumahnya ekoran demam Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia di Afrika Selatan, lapor sebuah akhbar semalam.
Penyokong England itu menghabiskan masa berjam-jam bagi menghiasi ruang tamu rumahnya dengan rumput seluas 9.3 meter persegi bagi menyerupai padang bola sepak lengkap dengan garisan putih di ruang tamu rumahnya di Sutton Coldfield, West Midlands.
Taylor berkata, rumput itu dibeli dari sebuah pusat taman bunga tempatan.
Namun, dia belum lagi memaklumkan kepada ibunya, Catherine, 59, mengenai perubahan ruang tamu rumahnya.
Dia yang menyembur air di 'padang bola' itu pada setiap pagi selain memotong rumput bagi mengelak menjadi terlalu tinggi yakin ibunya tidak akan membuangnya.
"Ia hebat kerana tiada yang lebih baik kecuali menonton perlawanan menerusi televisyen dengan merasai kesegaran rumput di bawah tapak kaki anda," kata Taylor.
Kejohanan bola sepak itu akan bermula pada Jumaat ini dan berakhir 11 Julai depan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: