Wednesday, June 2, 2010

Ribut pasir landa kampung China


GAMBAR menunjukkan ribut pasir yang melanda sebuah kampung di Golmud, China baru-baru ini.


GOLMUD - Ribut pasir yang melanda deretan rumah di sebuah kampung di wilayah Qingha berhampiran gurun Gobi di China umpama dalam filem bencana keluaran Hollywood, lapor sebuah akhbar semalam.

Penduduk kampung berlindung di dalam rumah masing-masing dengan pintu dan tingkap ditutup rapat ketika ribut pasir itu melanda dengan kelajuan 21 meter seminit dan membawa bersama bertan-tan pasir baru-baru ini.

Bandar Golmud dihuni kira-kira 200,000 orang penduduk.

Akademi Sains China menganggarkan bilangan ribut pasir di negara berkenaan meningkat sebanyak enam kali ganda sejak 50 tahun lalu dengan 80 peratus berlaku di antara bulan Mac dan Mei.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: