Saturday, June 19, 2010

Ribuan bantah larang bertudung di Kosovo




PRISTINA - Ribuan penduduk Kosovo berketurunan Albania berhimpun di sini semalam bagi membantah tindakan kerajaan negara rantau Balkan itu yang mengharamkan pemakaian tudung di kalangan pelajar Muslim di dalam sekolah.

Penunjuk perasaan itu menuntut pihak berkuasa membenarkan pemakaian tudung yang dianggap sebagai simbol agama untuk pelajar perempuan Islam.

Mereka turut mendesak pihak pemerintah menarik balik hukuman penggantungan terhadap beberapa pelajar yang berkeras untuk memakai tudung dan enggan menanggalkannya apabila diarahkan oleh pihak pentadbiran sekolah awam.

Kosovo yang mengisytiharkan kemerdekaan daripada Serbia pada 2008 masih melaksanakan perlembagaan sekular dengan memisahkan urusan pihak berkuasa agama daripada hal ehwal negara.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: