BEIJING - Beberapa firma perkhidmatan di ibu negara China mengalami kekurangan teruk jumlah pekerja apabila jutaan imigran yang bekerja di Beijing balik ke kampung bagi membantu keluarga sempena musim menuai tanaman minggu ini.
Sektor pembinaan pula terpaksa memberi cuti seminggu kepada buruh mereka selain mendapatkan pengawal keselamatan tambahan apabila ramai di kalangan mereka turut mengambil peluang untuk kembali ke wilayah masing-masing.
"Separuh daripada lebih 1,000 pekerja kami memohon cuti pulang ke kampung dan kami kena mencari pekerja baru sebagai ganti," kata seorang pengurus firma pembekal pembantu rumah terbesar di bandar raya itu, Anjia Homemaking Company.
Namun, seorang pegawai agensi pekerjaan menjangka, pendatang generasi muda mungkin kurang berminat balik ke kampung dan selesa bekerja di bandar raya kerana keluarga mereka amat bergantung kepada anak-anak kerana hasil tuaian pertanian yang tidak seberapa.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: