Tuesday, June 22, 2010

Polis tumpas 'Geng Lombok' samun mangsa guna tangkal


MOKHTAR (tiga dari kiri) menunjukkan parang serta peralatan pecah rumah yang dirampas daripada 'Geng Lombok' di Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU - Sekumpulan lapan penjenayah warga Indonesia bergelar 'Geng Lombok' yang menggunakan tangkal kain buruk untuk tujuan pukau bertemu buku dengan ruas apabila kesemua mereka ditangkap polis di Jalan Belading dan Jalan Hospital, Tangkak dekat sini pada Sabtu lalu.

Daripada jumlah itu, dua merupakan wanita dan kese mua mereka tidak teragak-agak 'mengerjakan' mangsa cukup-cukup sekiranya ilmu pukau dari tangkal yang dipakai di pinggang itu tidak menjadi.

Antara keganasan yang pernah dilakukan termasuk mengelar leher, menghentak kepala dengan hulu parang dan merodok perut mangsa dengan senjata tajam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: